JITRA: Keikhlasan dan sikap rendah diri yang ditonjolkan bekas Perdana Menteri dan juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berusaha mencari titik persamaan melalui pertemuan antara pemimpin-pemimpin parti politik, menggambarkan pendirian sebenar parti berkenaan berhubung sebarang kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyatakan, inisiatif yang diambil itu juga adalah bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat dikembalikan selain integriti dalam urus tadbir negara dapat dipelihara.
Tambahnya, pendirian yang diambil Bersatu juga jelas dan tidak berubah khususnya bagi parti-parti politik yang mempunyai matlamat sama untuk duduk semeja supaya tidak berlaku persaingan sesama sendiri.
Jelasnya, ini kerana persaingan tersebut boleh memberikan kelebihan kepada orang lain seperti di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.
"Sebab itu saya rasa apa yang disebut Tan Sri Muhyiddin kena pada masanya dan ini juga menunjukkan keikhlasan beliau sebagai seorang tokoh, bekas Perdana Menteri, tetapi beliau tidak segan silu mengusahakan secara aktif untuk mendapat kesatuan dan perpaduan tersebut,
"Beliau tidak ada rasa ego, sombong, rasa 'orang lain kena jumpa aku, aku tak boleh jumpa orang', sikap sebegini menunjukkan keikhlasan untuk memastikan kestabilan politik negara dapat dikembalikan serta prinsip integriti dalam urus tadbir negara dapat dijaga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Ketua Penerangan Bersatu Malaysia bersama Kelab Media Elit Kedah, di Jitra pada Khamis.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa Muhyiddin berjumpa dengan beliau untuk mendapat sokongan bagi menjadi Perdana Menteri semula, Wan Saiful berkata itu merupakan pandangan parti itu.
Tegasnya, perkara utama yang perlu dicari dan dicapai ketika ini adalah membentuk satu kesatuan dan bukan bergaduh bagi menentukan siapa lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri.
"Bagi saya sebelum kita bercakap soal Perdana Menteri, kita cakap pasal kesatuan dulu. Ini pertelagahan pun tak habis, masing-masing nak bergaduh antara satu sama lain, nak sibuk mengenai Perdana Menteri. Bagi saya kita perlu buat kerja dan selesaikan masalah satu demi satu dahulu," katanya.
Semalam, Muhyiddin menyatakan bahawa parti Bersatu terbuka untuk terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana parti menjelang PRU15.
Bagaimanapun, ianya terserah kepada keterbukaan parti-parti lain untuk berbuat demikian.
Jelas beliau lagi, Bersatu berpandangan kerjasama pada PRU15 adalah wajar bagi menentukan kemenangan gabungan tersebut kelak.
Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pejuang yang mana difahamkan berkait rapat dengan soal kerjasama menjelang PRU15.
Abd Hadi Che Awang
Fri Apr 15 2022
![Keikhlasan, sikap rendah diri Muhyiddin tonjol pendirian sebenar Bersatu - Wan Saiful Keikhlasan, sikap rendah diri Muhyiddin tonjol pendirian sebenar Bersatu - Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649988783_KetuaPeneranganBer.jpg)
Wan Saiful berkata pendirian yang diambil Bersatu juga jelas dan tidak berubah khususnya bagi parti-parti politik yang mempunyai matlamat sama untuk duduk semeja supaya tidak berlaku persaingan sesama sendiri. - Astro AWANI
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719212845_WanSaifulWanJan.jpg)
Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718773678_WanSaifulWanJan.jpg)
Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Azalina bangkit memaklumkan Wan Saiful pada 21 Mac telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
![Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718773678_WanSaifulWanJan.jpg)
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 24 Jun.
![Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716179204_WanSaifulWanJan.jpg)
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
![Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716282294_TBWANSAIFUL.jpg)
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
![Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716179204_WanSaifulWanJan.jpg)
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
![Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714812634_FahmiFadzil.jpg)
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
![Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711005555_AziziZulkafperwan.jpg)
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
![Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711343698_SaifulZulkafperiAz.jpg)
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
![Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711005555_AziziZulkafperwan.jpg)
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.