Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan halatuju parti itu.
Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.
"Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja bahagian PPBM Teluk Kemang.
"Saya juga menolak tawaran sebagai Pengerusi Perhubungan PPBM Negeri Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai Setiausaha Kerja PPBM pusat.
"Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM. Dan akhir sekali, saya undur diri dari jadi ahli PPBM," katanya pada sidang media hari ini.
Kamarulazman juga mendakwa seramai 821 ahli PPBM seluruh negara akan mengikut jejak langkahnya.
Masalah dalaman
Mengulas lanjut, Kamarulazman menjelaskan hala tuju PPBM sudah mula terpesong dan parti itu mempunyai banyak masalah dalaman akibat penyertaan beberapa individu yang hanya mengejar jawatan dalam parti.
"Nak kata saya kecewa sebab tak dapat jawatan, saya ada banyak jawatan.
“Tetapi saya hanya kecewa apa yang kita perjuang dan asaskan dari awal telah dirosakkan oleh beberapa individu dalam parti yang hanya mahu jaga kedudukan dalam parti dan bukan nak menang pilihan raya.
"Ketika diasaskan, ia bukan begitu. Sebab perjuangan dari awal adalah untuk tentukan Malaysia dalam landasan yang membawa ke arah kecemerlangan," katanya.
Bekas Ketua Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) itu mendakwa PPBM kini mengutamakan kenalan yang merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung parti.
Malah, katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal dalam parti dan berhabis tenaga serta wang ringgit diketepikan.
"Sedikit demi sedikit, elemen negatif mula menyerap masuk dalam PPBM. Ramai ahli mempersoalkan orang yang buat onar dalam UMNO lompat masuk PPBM.
"Saya dapati sifat buruk mula dibenarkan masuk melalui pintu utama PPBM.
"Saya mula sedar dalam PPBM seperti ada perbezaan darjat dan kasta. Seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.
"Saya sangat kecewa, golongan yang benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belumpun kita bergerak jauh, kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam," katanya lagi.
Siri jelajah
Sehubungan itu, Kamarulazman berkata beliau kini akan kembali fokus menghidupkan kembali GKCM dan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan tentang isu semasa.
"Paling penting nak nyatakan di sini ialah kami akan mula hidupkan GKCM semula dan melipat gandakan pengaruh GKCM," ujarnya.
Sebelum PPBM ditubuhkan, Kamarulazman mendakwa GKCM yang disertai anggota akar umbi UMNO banyak terlibat menyemak dan menilai secara lantang pendekatan dan masalah kepimpinan parti itu.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai parti bebas, Kamarulazman hanya berkata: "Tidak buat masa sekarang."
Ditanya sama ada pengikutnya akan turut serta keluar parti, bekas ketua UMNO cawangan Teluk Kemang itu memberitahu, satu sidang media lain akan dilakukan bagi mengumumkan anggota PPBM di Negeri Sembilan keluar parti.
"Kita akan buat sidang media lain. Di Teluk Kemang ada beberapa ratus yang akan ikut nak keluar parti.
"Setakat malam tadi, 821 orang merancang akan keluar parti. Ia dari seluruh negara tetapi kebanyakannya dari Negeri Sembilan," katanya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Wed Apr 19 2017
Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya. - Gambar fail
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.
AWANI Ringkas: Larangan termasuk pelajar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Jumlah dana iklim dtetapkan sebanyak 300 bilion dolar A.S
Sebanyak 300 bilion dolar Amerika setahun ditetapkan sebagai dana iklim bagi membantu negara miskin tangani kesan perubahan iklim.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Pelajar antara tujuh maut, 33 cedera
Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 33 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di utara Peru.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
Filipina tingkat protokol keselamatan ke atas presiden
Agensi keselamatan Filipina mempertingkatkan protokol keselamatan ke atas Presiden Ferdinand Marcos Jr. selepas Naib Presiden, Sara Duterte dengan secara terbuka mengugut dan mengarahkan Presiden itu dibunuh jika beliau sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Lapan ditahan, tawar khidmat seks RM60
Polis menahan lapan individu termasuk enam wanita warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Jalan Pudu, ibu negara.
Kecewa hala tuju PPBM, salah seorang pengasas umum keluar parti
Salah seorang pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan halatuju parti itu.
Parti Bersatu nafi edar borang keahlian
Kamarulazman berkata pendaftaran keahlian parti itu akan dibuka selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).