IPOH: Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengaitkan dirinya dengan kes penggunaan kalimah Allah sebagai mahu menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’.
Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu juga menjelaskan afidavit yang diberikan dalam kes berkenaan juga adalah bersifat peribadi.
Malah katanya, kenyataan yang dibuat juga adalah bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan selain menafikan kenyataan Takiyuddin yang mendakwa beliau mewakili masyarakat Islam dalam kes berkenaan.
“Bila masa saya jadi wakil Orang Islam (dalam kes ini)? Saya bukan wakil Orang Islam atau handak jadi hero dan sebagainya. Sebaliknya saya hanya diminta oleh peguam untuk memberikan pandangan.
“Oleh itu saya hanya memberikan pandangan berdasarkan kepada peruntukan dan kerangka yang digariskan Perlembagaan. Jadi saya harap tuduhan yang dilemparkan kepada saya oleh Setiausaha Agung Pas itu dapat dijernihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini pada Khamis.
Dalam pada itu Aziz Bari berkata, pandangan yang dikemukakan adalah daripada perspektif hak kebebasan beragama dan kitab Injil tersebut bukan untuk disebarkan kepada umum hanya kepada penganut kristian di Sarawak.
Menurutnya, berdasarkan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan rakyat di negara ini mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang halangan.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz menyifatkan dakwaan yang dilemparkan Takiyuddin dilihat seolah-olah sengaja dijadikan isu untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Pada masa sama, beliau juga mempersoalkan mengapa beliau dan DAP yang dijadikan ‘sasaran’ dalam kritikan Takiyuddin sedangkan ia diputuskan Mahkamah Tinggi.
“Kes itu diputuskan oleh hakim berkenaan di Mahkamah Tinggi bukan saya yang putuskan. Jadi kenapa tak berani mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi itu. Kenapa saya dan DAP yang tidak ada kena mengena dijadikan sasaran," ujarnya.
Abdul Aziz sebelum itu mengulas berkenaan video sidang akhbar oleh Takiyuddin yang tular mengaitkan Abdul Aziz, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom.
Sebelum itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Amirrul Rabbani
Thu May 25 2023

Aziz bercakap pada sidang media bersempena dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari
Aziz Bari menyifatkan kenyataan dibuat Takiyuddin yang mengaitkan dirinya dengan kes penggunaan kalimah Allah sebagai mahu menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam'.

PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal
Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk di kerusi Parlimen Tambun.

Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari
Menurut beliau, apa yang menjadi persoalan ialah isu yang lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri.

Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis
Laporan itu dibuat susulan penyebaran poster kononnya beliau dan DAP punca kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

"Tidak tahu, tidak dimaklumkan" - Aziz Bari nafi jadi dalang jatuhkan Faizal Azumu
ADUN Melayu tunggal dari DAP di Perak itu turut mengesahkan bahawa pimpinan DAP negeri dan pusat tidak pernah menyatakan kepadanya sebarang hasrat parti itu untuk merampas kerusi Menteri Besar.

Saya tidak akan menangis - Aziz Bari
Exco Perak dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak akan menangis sekiranya terpaksa melepaskan jawatan pada bila-bila masa.

SPRM disaran siasat 40 MP UMNO akan sertai Bersatu
SPRM disaran menyiasat dakwaan 40 Ahli Parlimen UMNO diramal keluar parti dan menyertai Bersatu bagi mengelakkan kemungkinan terdapatnya unsur rasuah.

Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung

UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi
Pas memerlukan UMNO menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan dan Terengganu.