IPOH: Keputusan Kerajaan Negeri Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebaliknya kerajaan negeri bersedia untuk berbincang berhubung perkara sama dengan mana-mana negeri termasuk yang ditadbir pembangkang
Walau bagaimanapun, katanya perkara itu akan tetap diputuskan selepas mengambil kira ia tidak mengganggu tahap keperluan penggunaan domestik.
“Bukan sahaja Pulau Pinang, mungkin jika Selangor nak beli (kita bersedia berbincang), akan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat. Antaranya sumber air untuk orang Perak cukup, itu asasnya.
“Jadi, ia tak ada kena mengena dengan hal ‘Kerajaan Perpaduan atau dengan DAP, dan tidak ada kena mengena dengan apa-apa parti pun. Sebaliknya ia bergantung kepada bekalan air untuk Perak sama ada cukup atau tidak.
“Dan kalau Kelantan nak beli (sumber air terawat) kalau tak ada air, dan dia nak beli, kita akan jual. (Akan tetapi) kena ‘bayaq’ (bayar), jangan tak ‘bayaq’ (bayar),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Setahun Pelan Perak Sejahtera 2030 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini pada Khamis.
Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria yang mengingatkan untuk kerajaan negeri tidak menjual sumber mineral kepada Pulau Pinang.
Menerusi laporan sebuah portal berita, Pesuruhjaya Pas Perak itu untuk mempersoalkan keputusan kerajaan Perak itu selain mendakwa cadangan penjualan pasir, batu dan air terawat itu mempunyai kaitan dengan isu politik
Malah Razman juga mengingatkan Menteri Besar agar menyelesaikan isu dan keperluan air di Perak terlebih dahulu seperti mana yang telah diperkatakan Saarani ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut Saarani berkata, apa yang pernah ditegaskan beliau sebelum ini adalah berkaitan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang dan bukannya bagi jualan air terawat.
Tambah beliau, apa yang penting buat kerajaan negeri ketika kini adalah membantu kawasan di daerah-daerah utara yang sering mengalami masalah air untuk kegunaan pertanian dan domestik.
“Kalau air di Perak mencukupi dan jika ada yang mahu beli sekali gus menjana pendapatan negeri, 'why not' kita jual.
"Apa yang penting sekarang ialah kita nak bantu kawasan di utara Perak, sebab mereka kering jadi kita kena hantar air kepada Kerian," katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Thu Jun 15 2023

Saarani bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Setahun Pelan Perak Sejahtera 2030 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di Ipoh pada Khamis. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perak akhirnya setuju jual air kepada Pulau Pinang
Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menjual bekalan air terawat kepada Pulau Pinang melalui pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara negeri ini.

Dilarang guna akuarium jual air - KP Kesihatan
Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.

Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri juga tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang.

Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang
Pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu.

Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Isu penjualan air antara Pulau Pinang dan Perak belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat