KUALA LUMPUR: Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Merujuk isu tular di media massa dan media sosial berkaitan penggunaan akuarium sebagai bekas penyimpanan air untuk tujuan jualan, beliau berkata ia menjadi satu kesalahan kerana akuarium berfungsi sebagai bekas memelihara ikan.
"Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan termasuk penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan.
Beliau juga mengingatkan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius serta memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti untuk semua.
"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq," katanya.
Sebelum ini, tular gambar penjualan 'air balang' menggunakan akuarium sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Penggunaan akuarium sebagai bekas penyimpanan air untuk tujuan jualan menjadi kesalahan kerana akuarium berfungsi sebagai bekas memelihara ikan. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dilarang guna akuarium jual air - KP Kesihatan
Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kata Ketua Pengarah Kesihatan.