KLANG: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undian tertinggi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023 hingga 2026.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mendahului senarai 27 pemimpin Amanah yang dipilih perwakilan melalui undian e-voting dengan memperoleh 900 undi.
Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berada di kedudukan kelapan dengan undian sebanyak 613 undi.
Mengikut rapat Dr Dzulkefly ialah Khalid Abdul Samad yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Amanah, dengan 899 undian.
Azli Yusof berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan 755 undian, sementara Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di kedudukan keempat (699 undi).
Bagi jawatan Speaker pula, Azhar Ab Shukur mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 509, manakala jawatan Timbalan Speaker dimenangi oleh Onn Jaafar (426 undi).
Ketika ini, 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi 2023/2026 sedang bermesyuarat bagi memilih individu yang akan mengisi lima jawatan tertinggi dalam parti iaitu Presiden; Timbalan Presiden; serta tiga Naib Presiden.
Kira-kira 1,003 perwakilan terlibat dalam proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah bagi 2023/2026.
Menurut perlembagaan Parti Amanah, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.
Hasimi Muhamad
Sun Dec 24 2023

Dr Dzulkefly (kanan) memperoleh undian tertinggi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi sesi 2023 hingga 2026. - Gambar/ Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah: Dr Dzulkefly dapat undi tertinggi, Mat Sabu ke-8
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undian tertinggi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023 hingga 2026.

Menteri Amanah tak perlu takut tegur projek kereta nasional - Perwakilan
Perwakilan Pemuda Nasional Amanah Nik Abd Razak Nik Md Ridzuan mendakwa, sudah kerap kali keputusan kerajaan PH dilihat tidak menepati aspirasi rakyat, bahkan jadi cemuhan.