Ahli Pas diminta tidak menimbulkan polemik di setiap peringkat mengenai ketentuan dasar mahupun soal agihan kerusi yang akan diwakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata perkara itu akan sentiasa dibincangkan di peringkat jawatankuasa negeri sebagai mengambil kira kebaikan setiap parti dalam Muafakat Nasional (MN) serta Perikatan Nasional (PN).
"Soal agihan kerusi, kita ada beberapa jawatankuasa. Pertama, kita ada Jawatankuasa Induk iaitu 11 orang daripada setiap parti, di bawahnya ada Jawatankuasa Teknikal meliputi lima orang setiap parti dan satu jawatankuasa yang baru kita wujud iaitu Jawatankuasa Perundingan Agihan Kerusi yang terdiri daripada lima orang daripada setiap parti.
"Dalam mesyuarat yang dibuat kali pertama, Alhamdulillah, asas-asas perbincangan itu nampak sangat positif," katanya ketika menyampaikan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini, pada Ahad.
Mengenai ketentuan dasar parti, Tuan Ibrahim menyeru agar semua ahli Pas menyerahkannya kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang membuat keputusan selaras dengan Perlembagaan Pas.
"Seperti digariskan Fasal 26 berhubung tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, antaranya Perkara 9 (F) untuk memilih dan memuktamadkan calon Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri tertakluk kepada kelulusan Majlis Syura Ulama.
"Jadi, saya fikir tentang dasar besar dan soal agihan kerusi ini, jangan timbulkan polemik di peringkat negeri atau kawasan sebab jawatankuasa akan turut membincangkannya di peringkat negeri supaya kita dapat buat keputusan dengan teratur," katanya.
Terdahulu, muktamar berkenaan diisi dengan perbahasan yang disertai 18 perwakilan, yang antaranya menyaksikan Dewan Pemuda Pas membangkitkan isu berkenaan dasar parti serta pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Sementara itu, Mursyidul Am Pas Hashim Jasin dalam ucapan penggulungannya pada muktamar itu berkata Pas sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kebenaran dalam perjuangan seperti yang diasaskan pucuk pimpinan terdahulu semasa menubuhkan parti.
Beliau menegaskan prinsip yang dipegang oleh parti memperjuangkan Islam itu akan dibawa sehingga ke akhir perjuangan parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 13 2020
Mengenai ketentuan dasar parti, Tuan Ibrahim menyeru agar semua ahli Pas menyerahkannya kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. - Gambar fail/BERNAMA
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
RM136.4 juta diagihkan kepada peserta Felcra
Keuntungan boleh agih projek-projek Felcra Berhad Malaysia bagi tahun 2021 secara keseluruhannya berjumlah melebihi RM475.2 juta.
Gangguan bekalan air di KL pulih 98 peratus - Air Selangor
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter.
Pencemaran LRA Sg Semenyih: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat
Penyaluran bekalan air itu dilakukan secara berperingkat berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Usahawan agih 900 kg daging korban sempena Aidiladha
Selain mengagihkan daging korban, beliau dan pasukannya turut memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan.
COVAX sasar agih 520 juta dos vaksin ke Afrika tahun ini
Walaupun tahap pengagihan vaksin pada masa ini dilihat perlahan, namun COVAX merasakan ia akan meningkat mulai September ini.
Selangor terima 615,000 dos vaksin COVID-19 setakat 1 Jun
Pemberian vaksin COVID-19 fasa pertama melibatkan 233,874 dos, manakala pemberian bagi fasa kedua adalah 192,096 dos.
PRU15: Rundingan agihan kerusi Bersatu, Pas capai 30 peratus - Ahmad Faizal
Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.
Agihan bubur lambuk secara pandu lalu patuhi SOP COVID-19
Agihan secara pandu lalu diteruskan tahun ini dengan mematuhi SOP bagi mengelakkan orang ramai daripada berhimpun ketika mendapatkan juadah berbuka puasa itu.
Pengagihan makanan secara terus kepada gelandangan pada bulan Ramadan dilarang - DBKL
Kawal selia itu dilaksanakan bagi mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran, selain mengekang penularan wabak COVID-19.
Hamzah sedia strategi pertahan kerusi Parlimen Larut
Beliau berkata ia merupakan amalan biasa dalam politik untuk setiap parti bertanding meletakkan calon dan mengatur strategi masing-masing bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.