KUALA LUMPUR: Bekalan air bersih dan selamat telah mula disalurkan kepada pengguna di kesemua kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) bermula jam 7 pagi ini.
Menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini penyaluran bekalan air itu dilakukan secara berperingkat berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Katanya, bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, pada 3 September.
"Air Selangor telah menjalankan ujian kualiti air dan ianya mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Air terawat dari LRA Sg. Semenyih juga telah disahkan selamat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk diagihkan kepada para pengguna.
"Pada masa kini, Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di kesemua kawasan-kawasan yang terjejas.
"Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat – peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.00 tengah malam, 3 September 2021. Para pengguna boleh
merujuk Jadual Pelan Pemulihan yang terperinci pada Lampiran A," jelasnya.
Pada masa sama, Air Selangor beri jaminan akan terus menggerakkan bantuan bekalan air air alternatif kepada para pengguna dan premis-premis kritikal yang terlibat.
Setakat ini, 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Justeru, Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman sesawang www.airselangor.com dan semua
saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook Twitter, Instagram AirSelangor untuk maklumat bekalan air yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Astro Awani
Wed Sep 01 2021

Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, pada 3 September. - Gambar hiasan
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Pencemaran LRA Sg Semenyih: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat
Penyaluran bekalan air itu dilakukan secara berperingkat berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.