Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak harus sekali-kali terpedaya atau mempercayai politik ilusi pembangkang.
Beliau mengingatkan mereka supaya tidak termakan oleh propaganda negatif pembangkang kerana mempercayai propaganda seperti itu akan menjadikan mereka kecewa akhirnya.
"Pembangkang punya kerja menghasut. Semalam saya tunjuk video YB Rafizi (Ramli) kata itu (menghasut) memang tugas pembangkang. Ia terkandung dalam video. Kerja pembangkang menghasut dan menghasut.
"Macam mana hendak menjawab perkara itu. Pembangkang tahu bahawa sekiranya seseorang itu tidak dapat meyakinkan orang ramai, kelirukan mereka, inilah yang mereka lakukan mengenai sesuatu isu, mereka akan cuba mengelirukan anda," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung myPPP ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir, presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas, setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden kanan nmyPPP Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz dan naib presiden parti itu, Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata pembangkang perlu mengemukakan rancangan mereka sekiranya tidak bersetuju dengan kerajaan pimpinan BN sekarang.
"Apa yang perlu kita minta daripada pembangkang ialah jika anda tidak bersetuju dengan kami, kemukakan rancangan anda...tapi mereka tidak mempunyai rancangan sewajarnya. Malah, hendak menentukan siapakah yang akan menjadi perdana menteri pun mereka tidak mampu...mereka lemah, mereka tidak percaya antara satu sama lain, juga, mereka tidak suka antara satu sama lain," katanya.
Najib juga mempertahankan keputusan beliau membawa masuk pelaburan bernilai RM143 bilion dari China untuk menjamin masa depan negara ini, bukan kerana beliau ingin menjual kedaulatan negara kepada China seperti yang didakwa pihak tertentu.
"Apa bezanya antara pelaburan dari China, Jepun, Amerika, apakah bezanya? Tidak ada bezanya!
"Saya berharap, sekiranya saya ke India, saya akan bawa masuk pelaburan dari sana juga. Itulah niatnya, kita perlu bawa masuk pelaburan," kata beliau.
Mengenai politik, perdana menteri berkata kerajaan BN mentadbir negara ini berdasarkan pengalaman, prinsip dan akhlak, termasuk parti komponen seperti myPPP, yang sentiasa bersama BN ketika susah dan senang.
"Saya juga tahu tentng politik Machiavellian iaitu matlamat menghalalkan cara...tetapi itu hanyalah kata-kata politik, kita tidak boleh tadbir negara ini mengikut politik Machiavellian," katanya.
Terdahulu, Kayveas dalam ucapannya, berkata pemimpin sejati perlu belajar untuk menapis propaganda supaya rakyat menyokong pihak yang benar dan menolak yang tidak benar.
"Propaganda, apabila berlebihan, akan menjadi fitnah. Apabila medan politik menjadi medan fitnah, demokrasi akan hancur dan fitnah boleh merosakkan pemikiran rakyat sehingga mereka tidak boleh berdamai," katanya.
Beliau berkata biar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi medan untuk rakyat menilai dan memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib mereka.
Sebelum itu, beliau berkata sehingga kini, myPPP melaksanakan 1,725 program transformasi sosial, termasuk #myEnglish for Youth, #myEnvironment for Putera, #myHomeSafety for Puteri dan #myWill. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 04 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambai tangan kepada ahli Parti Progresif Penduduk (MyPPP) sewaktu menghadiri Perhimpunan Agung MyPPP di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.