Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anggota parti agar tidak meninggalkan UMNO hanya demi kepentingan peribadi.
"Imam tidak pernah meninggalkan jemaah tetapi jika ada makmum yang mufaraqah atau keluar daripada jemaah yang diketuai oleh imam itu, maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi.
"Tetapi sebaliknya kemenangan kita di kerusi-kerusi berkenaan adalah kerana mewakili rakyat yang mengundi dan parti yang memberi peluang dan mandat untuk kita bertanding," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang hari ini mengumumkan keluar parti dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.
Mas Ermieyati turut mengaitkan keputusan itu dengan harapannya yang tidak kesampaian untuk melihat anggota UMNO memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu berwibawa dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018
Ahmad Zahid menasihatkan anggota parti agar tidak meninggalkan UMNO hanya demi kepentingan peribadi. -Gambar fail
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Jangan keluar UMNO demi kepentingan peribadi - Zahid
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang hari ini mengumumkan keluar parti dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.