KUALA LUMPUR:Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menyanggah pendapat mengatakan kerajaan tidak boleh ditukar ketika negara dalam keadaan penularan pandemik COVID-19.
Tegasnya, pendapat itu tidak tepat kerana usaha perlu dilakukan untuk mengeluarkan rakyat dari kesan COVID-19 dan kegagalan menguruskan ekonomi dan ketidakstabilan politik memburukkan lagi ekonomi negara.
"Perlu ada perubahan kepimpinan kepada kerajaan yang diberi mandat rakyat, dengan kepimpinan yang progresif, kuat, stabil dan ada rekod prestasi untuk bantu rakyat keluar daripada masalah akibat pandemik COVID-19.
"Pendapat yang mengatakan jangan tukar kerajaan kerana kita sedang hadapi COVID-19 ini tidak tepat. Kerana, kita mahu tukar kepada kerajaan yang mampu keluarkan rakyat dari kesan pandemik ini," katanya dalam satu program Dialog Malaysia Baharu yang dikongsi melalui Facebook Live beliau.
Husam juga menjelaskan, Malaysia memerlukan pemimpin yang bersedia berkonsolidasi dan mengorbankan kepentingan peribadi demi kesejahteraan rakyat.
Katanya, Malaysia perlu menggunakan formula politik damai dengan prinsip yang jelas dalam usaha membentuk negara Malaysia yang baharu.
"Semua pihak perlu berlapang dada, berkonsolidasi, untuk Malaysia menjadi kuat dan dapat keluar dari kemelut sosio-ekonomi yang dihadapi rakyat.
"Pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karektor politik cari damai, sebaliknya Tun Dr Mahathir Mohamad cenderung kepada politik permusuhan.
"Untuk kestabilan politik Malaysia, perlu semua pihak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah bekerjsama dengan PH dengan terma-terma yang dipersetujui," katanya lagi.
Husam menjelaskan, apa juga tindakan yang dilakukan mesti mementingkan ekonomi rakyat seperti mewujudkan peluang pekerjaan, pemantapan ekonomi dan kemasukan pelabur asing.
Irwan Muhammad Zain
Thu Oct 22 2020
![Jangan jadikan COVID-19 alasan halang usaha tukar kerajaan - Husam Jangan jadikan COVID-19 alasan halang usaha tukar kerajaan - Husam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/61549602003_HusamMusa.jpg)
Husam berkata, Malaysia memerlukan pemimpin yang bersedia berkonsolidasi dan mengorbankan kepentingan peribadi demi kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711191140_DatukHusamMusa.jpg)
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
![SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701522879_HusamMusa.jpg)
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.
![Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681109292_HusamMusa.jpg)
Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.
![Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679652393_HusamMusa.jpg)
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
![PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/81549172131_HusamMusa.jpg)
PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.
![PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/81549172131_HusamMusa.jpg)
PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan
Tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.
![Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656366393_Pastidaktergugatd.jpg)
Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam
Pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.
![Saman RM60 juta: Cubaan untuk menghalang pendedahan saya - Husam Musa Saman RM60 juta: Cubaan untuk menghalang pendedahan saya - Husam Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/61549602003_HusamMusa.jpg)
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
![Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600045834_HusamMusa.jpg)
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
!['Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam 'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655771811_Curibalak.jpg)
'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.