UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan Pas untuk terus diterima masyarakat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan kerjasama dengan parti Islam itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat jangka panjang.
"Untuk kali ini (PRK), tidak mengapalah sebab Pas tidak bertanding tetapi bergabung untuk masa depan, kita kena tengok dulu," katanya kepada pemberita selepas membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam di Taman Setia, Johan Setia, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lokman Noor pada Selasa lepas yang yakin mendapat kerjasama daripada Pas dan jentera kedua-dua parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa terdekat
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pengundi DUN Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya BN menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti.
"Seperti kita lihat, (komposisi) DUN Selangor sangat berat sebelah kerana BN hanya ada empat kerusi saja (daripada keseluruhan 56 kerusi DUN). Dalam Malaysia Baharu ini sekurang-kurangnya biar ada semak dan imbang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas, Pakatan Harapan menang besar apabila memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor dengan BN hanya empat kerusi dan Pas (1).
Ketika ditanya mengenai situasi politik di Sungai Kandis hasil jelajahnya membantu kempen BN hari ini walaupun bertemu dengan penyokong PKR, Khairy mengakui wujudnya kematangan politik di kawasan itu dan ia bertepatan dengan konsep Malaysia Baharu yang tidak mengamalkan serangan politik peribadi, ganas mahupun samseng.
PRK DUN Sungai Kandis yang merupakan PRK pertama selepas PRU14, diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Dalam PRK pada 4 Ogos ini, Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni akan ditentang oleh Lokman Noor dan calon Bebas, K. Murthy. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 28 2018
Kata Khairy, UMNO tidak patut mengharapkan sokongan daripada PAS untuk terus diterima masyarakat. - Astro AWANI
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.