Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa anggota parti itu agar meninggalkan penyakit boikot dan sabotaj calon pilihanraya yang hanya menyebabkan kekalahan kali ketiga parti di Selangor.
Tegas beliau, dua kali kalah di Selangor sudah cukup memberi peringatan kepada parti supaya terus berusaha mengembalikan semula kepercayaan rakyat negeri itu.
“Sampai saat akhir nanti, soal siapa jadi wakil (calon) sesuatu kawasan, kita terima sahaja asalkan dia BN. Jangan kita nak boikot calon dan sabotaj calon. Ini bukan masanya. Kalau kita buat juga, itu akan berlaku tiga kali (kalah di Selangor) . Dua kali sudah cukup,” semasa berucap melancarkan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Selangor di Ulu Yam, Selangor di sini hari ini.
Tegasnya, kemenangan di negeri itu bakal ditentukan oleh pengundi dan bukan hanya pada penyokong tegas BN.
“Yang akan menentukan kemenangan di luar itu nanti. Kita mesti yakinkan orang di luar bukan hanya penyokong tegar,” tegasnya.
Tegas Najib lagi, kesalahan dilakukan pada pilihanraya lalu perlu dijadikan iktibar di mana pergaduhan sesama sendiri menyebabkan budaya boikot dan sabotaj calon.
“Inipun satu punca dulu. Gaduh sama sendiri. Kita jangan kerat sama sendiri, dulu suka kerat. Bila kerat jadi lagi pendek. Bila pendek tidak boleh masuk, kalah dan undi tidak cukup. Ini masalah kita. Saya tahu di Selangor ni ada penyakit ini dulu,” ujarnya.
Justeru, beliau mahu penyakit itu dihapuskan dalam diri setiap anggota BN.
“Inilah resepi untuk menang. Kita bukan tak kuat tetapi kita tembak kaki sendiri. Bila kita kerat kita tembak kaki sendiri sebab kita nak naik. Kita kuat kalau parti kuat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Najib turut menyatakan lima kelemahan di Selangor yang perlu diberi tumpuan BN untuk menang semula negeri itu.
“Pertamanya, adalah masalah air. Kurang air. Jumaat kurang air kerana gagal diurus kerajaan negeri. Tengok saja jangan ada alasan.
Kedua katanya ialah perubahan iaitu isu harga rumah yang meningkat dan ketika cukai baharu yang membebankan.
“Keempat isu sampah dan kelima perancangan. Sesak sana sini dan denggi jaguh Selangor,” katanya.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 07 2018
Najib turut menyatakan lima kelemahan di Selangor yang perlu diberi tumpuan BN untuk menang semula negeri itu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek