KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah berhenti membuat kenyataan seolah-olah cuba mempertahankan dirinya sendiri berhubung sebarang isu melibatkan pelantikan Tan Sri Tommy Thomas.
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepong, Datuk Norizan Ali menegaskan, kesilapan jelas dilakukan bekas Perdana Menteri itu dalam pelantikan Peguam Negara yang sepatutnya diperuntukkan kepada individu Melayu.
Jelasnya, ia sesuai dengan kedudukan orang Melayu sebagai majoriti serta Islam sebagai agama Persekutuan negara.
"Lantikan Tommy oleh Dr Mahathir yang memecah tradisi pada 2018 lalu bukan saja menghilangkan kepercayaan majoriti rakyat, malah penghinaan kepada bangsa Melayu.
"Pelantikan itu juga telah merosakkan perpaduan kaum berbanding pelantikan Peguam Negara Melayu sebelum ini yang diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: Tun M menyesal lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
BACA: Buku Tommy Thomas menjurus penghinaan - Takiyuddin
Dr Mahathir sebelum ini menyatakan kekesalannya melantik Tommy sebagai Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.
Seandainya diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan.
Dalam pada itu kata Noriza, buku tulisan Tommy, 'Justice In The Wilderness' adalah suatu pendedahan yang boleh memalukan negara di mata dunia dan tidak sepatutnya diterbitkan.
"Ia juga meletakkan negara menjadi perhatian yang tidak sepatutnya di peringkat antarabangsa, selain menjadikan rakyat hilang hormat serta keyakinan terhadap institusi Jabatan Peguam Negara itu sendiri.
"Kerajaan digesa mengambil beberapa tindakan pantas dengan segera termasuk langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang patut bertindak mengharamkan buku tersebut serta menariknya daripada pasaran," tegasnya.
Tambahnya, siasatan segera hendaklah dilakukan selepas banyak laporan polis dibuat yang mendakwa buku tersebut membuat beberapa pendedahan dan tohmahan yang tidak sepatutnya.
Kata Norizan, gelaran Tan Sri yang dipegang Tommy sekarang seharusnya ditarik balik kerana buku tersebut juga jelas melanggar sumpah simpan rahsia Tommy sebagai Peguam Negara.
Mengulas lanjut, Norizan meminta negara bergerak ke hadapan dengan lebih baik lagi selepas kerajaan membuat tindakan dalam hal berkenaan.
"Kita sebagai rakyat haruslah fokus kepada isu sebenar yang sedang melanda negara, seperti menangani COVID-19 dan hendaklah mengetepikan sementara segala kepentingan puak atau kumpulan tertentu semata-mata.
Sehingga Ahad, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan, pihaknya telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir tulisan Tommy, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lepas.
Tegasnya, susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Astro Awani
Mon Feb 08 2021
Norizan menegaskan, kesilapan jelas dilakukan bekas Perdana Menteri itu dalam pelantikan Peguam Negara yang sepatutnya diperuntukkan kepada individu Melayu. - Gambar fail/REUTERS
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
The Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.
Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Tun M mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
Ilmu kunci kejayaan anak muda dan kemajuan negara - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anak muda di negara ini harus mengutamakan ilmu pendidikan sebagai asas penting dalam membina dan memajukan negara di masa depan.
"Kasihan Dr Mahathir" – Fahmi jawab dakwaan negara dijajah kerajaan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai kebebasan penuh untuk menyuarakan pendapat dan bergerak.
SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
Pembangkang persoal isu 3R, isytihar harta dalam MoU peruntukan pembangkang
Takiyuddin berkata, masih terdapat beberapa syarat dalam MoU itu yang perlu diperhalusi sebaik mungkin.