PENDANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa persoalan dan pendedahan yang dibuatnya melibatkan negeri Kedah termasuk isu berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) bukanlah satu plot atau rancangan untuk memburukkan imej Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurut beliau, isu-isu itu dibangkit adalah bagi mendapatkan perincian dan jawapan yang sebenar berhubung situasi yang berlaku di Kedah yang difahamkan mempunyai kaitan dengan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Jelapang Padi itu.
Tambah bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, perkara-perkara yang dibangkitkan beliau tidak akan dilakukan sekiranya dirinya tidak mempunyai sokongan bukti yang kuat dan tulen.
"Saya tanya (soalan berkaitan isu-isu itu termasuk REE) sebab saya fikir dia ini (Menteri Besar perlu) ada prinsip responsibility and accountability, prinsip itu dulu.
"Saya tanya (dia), saya bukan tuduh, saya tanya sebab semua sedia maklum, Menteri Besar Kedah (ini) seorang seorang yang pantas untuk memberi penjelasan.
"Jadi saya tunggu jawapan-jawapan dia, saya takkan sebut (isu-isu itu) kalau saya tak ada dokumen yang kuat dan authentic," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika sidang media selepas sesi taklimat Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Jenun Baru di Pejabat Tapak LRA Jenun Baru, Pendang pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa siri pendedahan yang dibuatnya melibatkan isu REE hanya berada di peringkat awal sahaja.
Tambahnya, banyak lagi perkara yang akan didedahkan selepas ini sekiranya persoalan yang dibangkitkan itu tidak dijawab Muhammad Sanusi termasuk isu dua pekerja dari China, So Lai Fat dan Huang Zhi Yi.
"Ini baru tip of the iceberg, Datuk Sanusi tahu sebab dia Chairman Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan dua (warga China) ini majikannya adalah MBI, dan dua (orang) ini adalah (pemegang) pas profesional, tentulah Menteri Besar tahu mereka di mana.
"Sebab saya (selaku Menteri), di pejabat saya tahu staf saya di mana, saya tahu pegawai khas ada di mana, seorang ada di Kelantan, tiga di pejabat, dua ikut saya (ke Kedah), (itu semua) saya tahu, jadi dia mesti tahu sebagai (Pengerusi MBI), itu saya tanya (dua individu itu) ada di mana?," katanya lagi.
Semalam Menteri Besar Kedah itu mendakwa wujud satu perancangan yang besar untuk memburukkan imej beliau selain memberi gambaran bahawa dirinya adalah seorang pemimpin yang bermasalah.
Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu, perancangan yang dilakukan itu termasuklah melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengaitkan beliau dengan kecurian serta rasuah dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).
Abd Hadi Che Awang
Thu Jul 20 2023
Saifuddin berkata siri pendedahan yang dibuatnya melibatkan isu REE hanya berada di peringkat awal sahaja. - Gambar fail/Astro AWANI
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak
Kerajaan Perak memberi jaminan akan mempertahankan hak sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini dan memastikan hasilnya adalah untuk manfaat rakyat Perak.
NRES, tiga kementerian bincang pembangunan kerangka REE dua minggu lagi
Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan REE.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Polis serbu lombong haram NR-REE di Hulu Perak, tahan 31 individu
Polis mengesan aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.
Perak peroleh RM21.1 juta royalti NR-REE
Ia dijangka akan terus meningkat apabila mineral tersebut perlu diekstrak di dalam negara sebelum dieksport ke luar.
REE: Kedah akan terima royalti tahun hadapan - Sanusi
Kedah akan menerima hasil daripda aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) melibatkan daerah Sik, bermula tahun hadapan dengan kadar royalti yang dianggarkan sekitar 15 peratus.
Kelantan dapat kebenaran Persekutuan bangunkan REE
Kerajaan negeri Kelantan baru mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.
MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi
MOSTI mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE).
Eksport REE: Perak tidak langgar peraturan, tiada garis panduan khusus - Saarani
Tindakan Perak mengeksport unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) ke China tidak melanggar peraturan kerana tiada larangan aktiviti itu sebelum ini.
Pas persoal tindakan Perak eksport REE
Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Perak yang mengeksport unsur nadir bumi (REE) sedangkan kerajaan melarang sebarang eksport berkaitan sumber bahan mentah yang bernilai tinggi itu.