ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.
Menurutnya, beliau juga bersedia disiasat polis berhubung dakwaan itu kerana pihaknya mempunyai banyak 'sandaran' mengenai perkara itu.
"Biar polis siasat. Kalau ada laporan polis, orang lain takut sebab dia tak ada sandaran (bukti). Ya, saya ada sandaran banyak. Jumpa di mahkamah, saya bersedia sampai ke situ," katanya.
Muhammad Sanusi menjawab pertanyaan wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, pada Khamis.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Datuk Azman Nasrudin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mahu membawa dakwaan Menteri Besar itu ke mahkamah.
Semalam media melaporkan Kon Yeow berpandangan bahawa sebarang isu dan tuntutan yang mahu dikemukakan oleh Muhammad Sanusi seharusnya dibawa ke mahkamah.
Beliau menyifatkan 'gurauan serius' terbaharu itu bukan suatu perkara yang baharu dan pihaknya bersedia mengambil pendekatan untuk mendengarnya secara 'serius' iaitu melalui tindakan undang-undang.
Sementara itu, hari ini Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah itu berhubung dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
Laporan yang dikemukakannya di balai polis Jalan Patani, di sini kira-kira jam 8.30 pagi, dibuat atas kerelaan dirinya sebagai warga Pulau Pinang serta bagi mewakili DAP.
Ini laporan kedua Rayer terhadap Sanusi, dengan yang pertama pada Februari tahun ini selepas beliau mempersoalkan mengenai kedaulatan Pulau Pinang.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa Kedah tidak mempunyai sempadan dengan Pulau Pinang berikutan ia milik Kedah.
Katanya, Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 01 2023

Muhammad Sanusi menjawab pertanyaan wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.