PONTIAN: Isu utama membabitkan negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dijangka menjadi tumpuan ucapan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada minggu depan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara isu tersebut ialah masalah air di Kelantan dan dakwaan Pulau Pinang milik negeri Kedah.
Jelasnya, isu negeri yang dibawa dalam ucapan perwakilan ini akan memberi idea kepada ahli UMNO untuk menambah input ketika berkempen pada PRN kelak.
"Wakil daripada Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah boleh membangkitkan isu yang dihadapi di negeri mereka.
"Sebagai contoh Kelantan, isu air yang tak sudah. Di Kedah pula, dakwaan mereka ingin mengambil Pulau Pinang. Dua contoh ini boleh dibawa oleh perwakilan dan memperincikan isu-isu lain yang membelenggu rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis kenduri sekampung di Kampung Permatang Duku, Benut, di sini pada Sabtu malam.
Sebelum ini media melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.
Sementara di Kelantan isu air masih membelenggu negeri tersebut dengan kerajaan negeri baru-baru ini mengemukakan permohonan sebanyak RM8 billion daripada Kerajaan Persekutuan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berharap PAU kali ini dapat digunakan sayap-sayap parti UMNO untuk merangka strategi bagi menarik pengundi muda atau baru bagi menghadapi PRN tersebut.
"PAU kali ini perlu dijadikan medan pembuka gelanggang kepada PRN. PAU yang diadakan lebih awal daripada PRN itu akan memberikan lebih banyak ruang kepada UMNO untuk bersedia bagi menghadapi PRN yang dijangka berlangsung sengit kali ini.
“Sebagai salah satu, parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan, UMNO perlu membantu memenangi calon-calon yang bertanding kelak bagi memperkukuhkan lagi kerajaan gabungan 19 parti itu,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023
Ahmad berkata, antara isu tersebut ialah masalah air di Kelantan dan dakwaan Pulau Pinang milik negeri Kedah. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.
PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan
Jentera UMNO yang diturunkan untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin menjalankan peranannya dengan baik.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Anjur program, umum peruntukan oleh kerajaan ketika PRK tidak salah - Ahmad Maslan
Katanya, isu tersebut pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang yang mempertikaikannya.
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak
Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat
Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tanggungjawab penambahbaikan jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.