KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukanlah satu pengakhiran.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu.
Bagaimanapun, Hishammuddin tidak memperincikan dengan lebih lanjut perkara tersebut.
"Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.
"Ini bukanlah pengakhiran, this is not the end but merely a beginning. A new beginning," katanya dalam kenyataan tersebut pada Sabtu.
Bekas Menteri Pertahanan itu menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan beliau susulan penggantungan tersebut.
Terdahulu, Hishammuddin dalam kenyataan ringkas di Instagram berkata: "Kejahatan mereka tidak mampu hilangkan kebaikan kita."
Selain Hishammuddin, UMNO pada Jumaat turut menggantung bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan selama enam tahun,
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar pula dipecat daripada parti Melayu itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mendedahkan sebab UMNO memecat Khairy daripada parti itu kerana didakwa memburukkan parti dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara, penggantungan Hishammuddin pula antaranya kerana didakwa tidak serik membelakangkan parti dan menjadi penggerak utama kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani surat akuan berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 28 2023

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. - Gambar fail/FB Hishammuddin Hussein

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Ini bukan pengakhiran tetapi hanya permulaan' - Hishammuddin
Sebaliknya, Ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu.

Dibuang dalam tempoh sehari, KJ dakwa pemecatan tidak ikut proses biasa
Khairy mengesahkan tiada sebarang surat tunjuk sebab diberikan dan pendengaran daripada Lembaga Disiplin UMNO.