SINTOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengumumkan, namun tidak menyelesaikan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Anwar berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan baharu sahaja menandatangani dokumen kelulusan terbabit pada akhir Jun baru-baru ini.
"Hari ini mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin buat kenyataan PM berbohong kerana perkara ini telah selesai sejak tahun 2021.
"Saya baru signed (tanda tangan) akhir Jun, Menteri Kewangan signed kelulusan ini. Jadi kamu dah selesai tahun 2021 bagaimana, selesai di mana?," katanya ketika berucap di Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini pada Sabtu.
Katanya, beliau tidak menafikan ada persetujuan tentang penyelesaian hutang terbabit ketika pemerintahan Muhyiddin tetapi tidak diselesaikan.
"Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai. Belanjawan 2021 Perikatan Nasional (PN), 2022 PN tidak ada peruntukan untuk menyelesai dan meluluskan hutang Felda.
"I stand by this record hanya dalam Belanjawan Madani 2023 saya serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang peneroka Felda yang jumlahnya RM8.3 bilion," katanya.
Muhyiddin sebelum itu mendakwa Anwar melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.
Beliau yang juga Pengerusi PN turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tambun yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.
Katanya, hal itu disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023, pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada tahun 2021. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 08 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ribuan pelajar pada program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

ANAK desak Felda segera muktamad hutang peneroka
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendesak pengurusan Felda segera memuktamadkan penyata hutang 112,635 peneroka, kata pengerusinya Mazlan Aliman.