Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pas tidak berani mengheret bekas pemimpin parti itu yang didakwa melanggar bai'ah ke Mahkamah Syariah.
Malah penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan itu juga yakin Mahkamah Syariah tidak akan memihak kepada Pas.
Hujah Husam, talak tidak akan jatuh sepertimana yang didakwa pemimpin Pas dan jika mahkamah memutuskan perkara itu, ia akan memalukan Pas.
Beliau mengambil contoh kes melibatkan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas pada 2008, namun bertindak menjadi ahli parlimen bebas selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12 itu.
Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu, biarpun bukan ahli Pas, tetapi Ibrahim tetap diminta untuk melafazkan bai'ah talak itu.
Husam mendakwa ketika Ibrahim bertindak menjadi ahli parlimen bebas, mursyidul am Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengaitkan apa-apa tentang ta'lik talak atau pendapatan dari gaji beliau.
Jelas Husam, beliau membangkitkan isu bai'ah melibatkan Ibrahim untuk membuka mata pemimpin dan ahli Pas bahawa jika talak jatuh dengan bai'ah itu, isu tersebut akan dibangkitkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz secara tertutup atau terbuka.
Usul untuk mengheret mana-mana bekas pemimpin Pas ke mahkamah syariah kerana melanggar bai'ah talak diluluskan oleh Pas Kawasan Tanah Merah ketika mesyuarat agung tahunan mereka baru-baru ini.
Mesyuarat berkenaan dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Lafaz taklik dan sumpah bai'ah dimestikan kepada semua calon yang diturunkan mewakili PAS dalam pilihan raya di Kelantan.
Husam mendakwa isu bai'ah diperbesarkan kerana Pas tidak mempunyai idea konstruktif selain isu-isu tidak produktif seperti isu bai'ah.
Astro Awani
Sun Mar 12 2017

Husam mendakwa isu bai'ah diperbesarkan kerana Pas tidak mempunyai idea konstruktif selain isu-isu tidak produktif seperti isu bai'ah. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.

Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.