Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar rakyat menghindarkan diri daripada anasir-anasir jahat yang gemar menghasut, melemparkan tohmahan dan fitnah untuk kepentingan diri sendiri.
Menurutnya, kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) mahu memastikan setiap agenda pembangunan negara dapat direalisasikan dengan semua hasrat dan harapan rakyat dapat dipenuhi dengan baik tanpa terdapat rusuhan mahupun kebencian.
"Saya ingin menekankan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan agama dalam melaksanakan program-program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
"Setiap tahun, kerajaan menyalurkan peruntukan yang besar untuk badan-badan keagamaan termasuk sekolah-sekolah.
"Ini jelas membuktikan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen kerajaan dalam membela nasib semua kaum tanpa mengira agama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas di Padang Merdeka, dekat sini, pada Sabtu.
Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah Jasni, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.
Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah turut memberi jaminan bahawa kerajaan baharu tidak hanya 'omong kosong' dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.
Menurutnya, kerajaan terus komited memastikan keperluan dan harapan rakyat dipenuhi seiring dengan manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya lepas.
"Adalah menjadi harapan saya dengan kedatangan tahun baharu ini, kita perlu menyahut cabaran secara positif dan belajar melihat cabaran itu sebagai peluang dan bukannya halangan untuk meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan dalam ekonomi dan pembangunan negara.
"Kerajaan juga akan terus berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara melalui tadbir urus yang baik dan berintegriti. Kita akan pastikan semua agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan telus," katanya.
Untuk rekod, MRTM Krismas yang diadakan julung kalinya di negeri bawah bayu ini adalah untuk berkongsikan kemeriahan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia bersama-sama rakyat di Sabah.
Dianggarkan lebih 15,000 pengunjung hadir ke rumah terbuka ini yang turut diisi dengan persembahan pelbagai acara kebudayaan dan persembahan pentas.
Fifi Harteeny Marzuki
Sat Dec 29 2018
Dr Wan Azizah ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, 29 Dis, 2018. - Astro AWANI
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
Kanak-kanak autistik dilapor hilang, ditemui lemas di Sungai Kedah
Kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dilapor hilang di Taman Tunku Tabor, semalam ditemui lemas di Sungai Kedah, hari ini.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
AWANI Ringkas: Sistem kod QR diperluas di lapangan terbang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Minggu penuh bermakna dan produktif buat Malaysia' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat Malaysia.
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
MIC, Makkal Sakti tubuh sekretariat bersama tangani isu masyarakat India
MIC dan Makkal Sakti menubuhkan Sekretariat Bersama MIC-Makkal Sakti Untuk Pembangunan Masyarakat India bagi menyelaras strategi serta pelan tindakan menangani isu-isu masyarakat India di negara ini.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana
Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.
Team Abang Jo mahu kembalikan hak Sarawak - Taib Mahmud
Rundingan mengenai hak-hak Sarawak hendaklah dijalankan dengan secara berhemah dengan Kerajaan Persekutuan melalui saluran yang betul.
Agenda pembangunan di Semenyih akan diteruskan - MB Selangor
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata agenda pembangunan di Semenyih telah dirancang awal dan ia termasuk dalam kerangka belanjawan negeri.
Hindari anasir jahat tabur kebencian - Dr Wan Azizah
PH mahu pastikan setiap agenda pembangunan negara dapat direalisasikan dengan semua hasrat dan harapan rakyat dapat dipenuhi dengan baik.