SETELAH selesainya pemilihan kepimpinan baru PAS, muncul gelombang dari pemimpin yang kalah dari kumpulan progresif untuk menubuhkan parti baru.
Sebabnya satu yang utama: Mereka kecewa dan marah dengan kumpulan ulama yang merancang pembersihan kumpulan progresif dalam PAS.
Kumpulan progresif ini melihat PAS sudah menjadi parti agamawan, bukan lagi ‘PAS for All.’
Apa kesannya kepada PAS?
Satu yang saya perhatikan ialah tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin PAS yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin PAS untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya.
Kedua, ketiadaan kumpulan progresif dalam PAS boleh memberi kesan kepada kekuatan PAS. Mana-mana parti pun begitu apabila berpecah. Pada tahun 1978, apabila PAS berpecah, Berjasa menang. Pada tahun 1990, apabila UMNO berpecah, PAS menang.
Sejarah ini perlu dilihat dan diteliti, biarpun senario sekarang dengan tahun 1978 dan 1990 adalah berbeza.
Boleh kekalkah Gerakan Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat.
Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan.
Bagaimana pula Gerakan Harapan Baru?
Sukar untuk dinyatakan. Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat.
Gunalah ruang itu sebaiknya.
Masalahnya, ada empat cabaran awal GHB.
Pertama, masa (timing) GHB digerakkan tidak tepat. Ini kerana GHB ditubuhkan selepas pemilihan PAS dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas.
Kedua, tempat pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan. Mengapa ditumpu pada kawasan kuat PAS? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak.
Ketiga, pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.
Keempat, keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.
Akhirnya, berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel.
Politik begitu karut pada saya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Mohammad Agus Yusoff ialah seorang pensyarah politik Universiti Kebangsaan Malaysia
***Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Mohammad Agus Yusoff
Tue Jul 21 2015
Boleh kekalkah Gerakan Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan. - Gambar Fail
Badminton Masters Korea: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan Masters Korea,
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
GISB: Tiada halangan ibu bapa semak keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
GV11: Astro kekalkan gandingan Nabil dan Jihan, magis keserasian yang sukar ditandingi
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS kekal sebagai juri untuk musim ini.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Abdul Wahab saman Che'gubard, tuntut RM5 juta
Abdul Wahab menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Chegubard atas dakwaan memfitnah berhubung penyebaran sebuah video.
Hebat Gerakan Harapan Baru, bukan? - Mohammad Agus
Setelah selesainya pemilihan kepimpinan baru PAS, muncul gelombang dari pemimpin yang kalah dari kumpulan progresif untuk menubuhkan parti baru.