SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengakui bersedia dan terbuka sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin mengambil tindakan disiplin termasuk memecat dirinya susulan kelantangan beliau bersuara dalam pelbagai isu ketika ini.
Menurut Hassan yang juga wakil rakyat PKR, beliau tidak sesekali gentar dalam mempertahankan hak bersuara mengenai pelbagai perkara termasuk menyentuh perihal parti sekutu Kerajaan Perpaduan.
Beliau dalam masa sama beranggapan tindakan Ketua Penerangan PKR yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegur anggota parti lantang bersuara juga wajar.
"Saya telah menjadi anggota parti (PKR) secara rasmi 46 tahun yang lalu pada tahun 1978 sebagai anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM). Sepanjang tempoh lebih empat dekad itu, inilah kali pertama saya ditegur secara keras dan diumumkan secara terbuka di media sosial atas kesalahan menyatakan fikiran dan pandangan politik. Saya tidak berkecil hati.
"Hanya kerana teguran keras itu diumumkan secara terbuka maka izinkan saya menyatakan juga secara terbuka bahawa tidak ada kegetaran dan ketakutan di pihak saya atas teguran Yang Berhormat Menteri Fahmi Fadzil selaku Jurucakap Kerajaan dan Ketua Penerangan Parti Keadilan.
"Secara hormat dan merendah diri bahawa saya terbuka dan bersedia sekiranya Parti Keadilan ingin memulakan prosiding disiplin ke atas saya kerana bersuara lantang selama ini," katanya menerusi hantaran di Fecebook pada Sabtu.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi pada Sabtu menasihatkan Hassan supaya tidak 'menjaga tepi kain' parti lain.
Sebaliknya Fahmi meminta Hassan supaya menghormati rakan parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.
Hassan pada Rabu menyatakan UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya 'menumpang dahan' Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya 'rapuh' berdepan PRU16.
Menurutnya, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma dalam parti itu penting untuk mendapatkan undi Melayu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024

Hassan mengakui bersedia dan terbuka sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin mengambil tindakan disiplin termasuk memecat dirinya susulan kelantangan beliau bersuara dalam pelbagai isu ketika ini. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.

Rangkaian 5G: Hassan Karim dakwa kerajaan dibayangi kapitalis kroni
Penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh MCMC kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.

Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim
Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti, tegas Dr Akmal.

PKR belum putuskan tindakan disiplin terhadap Hassan Karim
PKR belum membuat sebarang keputusan mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim susulan kelantangan beliau dalam menyuarakan pelbagai isu ketika ini.

Hassan Karim sedia dikenakan tindakan disiplin, dipecat
Hassan tidak berkecil hati, jauh sekali takut dengan teguran secara keras dan terbuka di media sosial oleh Menteri Komunikasi.

Jangan campak Anwar bawah bas, PH akan hancur - Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan meminta Pakatan Harapan menumpukan segala tenaga dan fikiran kepada Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi

Belanjawan 2021 gagal sediakan jaring keselamatan sosial mencukupi untuk warga pekerja - Ahli Parlimen PKR
Belanjawan 2021 dilihat gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk warga pekerja di Malaysia.

12 calon layak isi jawatan pengerusi PKR Johor - Anwar
Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PKR Johor, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hassan Karim diharap tarik balik surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor - Jimmy Puah
Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse secara peribadi juga mahukan Hassan kekal sebagai tampuk pimpinan parti di negeri itu.

Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan bahawa bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak boleh disamakan dengan bencana banjir.