MELAKA: Keputusan menghantar warkah ke Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak pernah dibincangkan bersama 11 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).
Wakil rakyat DAP, Low Chee Leong yang juga bekas ADUN Kota Laksamana berkata, tindakan bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee kononnya mewakili semua ADUN PH juga tidak boleh diterima.
“Dalam pertemuan bersama 11 ADUN PH, tidak pernah dibangkitkan atau membincang isu untuk menghantar apa-apa surat kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Norhizam telah memperalatkan PH untuk diri sendiri dan beliau tidak boleh mewakili saya sebagai salah seorang ADUN PH tanpa pengetahuan dan keizinan saya.
“Saya juga tidak bersetuju proses menghantar warkah itu diwakili oleh beliau yang mana ia hanya merendahkan nama baik PH.
"Seolah-olah ada pemimpin cuba sedaya upaya untuk ‘pemutihan’ kepada Norhizam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Semalam, bekas Ketua Pembangkang Melaka, Adly Zahari memohon Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk campur tangan dalam urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Menerusi warkah yang disampaikan oleh Norhizam kepada wakil Istana Negara, beliau berkata, berdasarkan Perkara 8.2 (b) Perlembagaan Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam tidak mempunyai budi bicara bagi membubarkan DUN ke-14.
Norhizam bersama bekas ADUN Telok Mas, Datuk Nor Effandi Ahmad mewakili 15 bekas ADUN Melaka, termasuk Adly, menyampaikan warkah tersebut kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 08 2021

Norhizam (kiri) ketika menyampaikan warkah kepada wakil Istana Negara pada Khamis. -Pejabat ADUN Pengkalan Batu

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

Hantar warkah ke Istana Negara bukan wakili suara majoriti PH Melaka - Low Chee Leong
Tindakan bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee kononnya mewakili semua ADUN PH juga tidak boleh diterima.

Politik Melaka: 'Norhizam, jangan menangguk di air keruh' - Bekas ADUN beri amaran
Bekas ADUN DAP nafi semua 11 wakil rakyat PH bersama empat ADUN lain akan adakan pertemuan mengadap Agong hari ini.

Ungkapan 'babi', bangang' di DUN Melaka: Norhizam, Chee Leong bertikam lidah
EXCO Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini terkenal dengan jolokan YB Gangster sekali lagi mencuri tumpuan pada hari terakhir persidangan DUN di negeri berikut hari ini.

'Dakwaan vaksin cegah influenza kehabisan stok di Melaka tidak betul'
Tegas Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Low Chee Leong kehabisan stok di beberapa klinik swasta seperti ditularkan hanya kes terpencil.

Sebanyak 90 peratus jangkitan HIV/AIDS akibat seks tidak selamat
Daripada peratusan jangkitan akibat seks tidak selamat itu pula, kira-kira 50 peratus adalah daripada golongan homoseksual dan 40 peratus heteroseksual.

HFMD: Empat taska diarah tutup sementara di Melaka
Sebanyak 12 kes terbaru penyakit HFMD dikesan di dua daerah di Melaka sejak awal bulan ini hingga 21 Julai lalu.