KOTA KINABALU: Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, semua bekas ahli Bersatu termasuk beliau akan menubuhkan sebuah parti tempatan baharu tetapi buat masa ini akan menjadi ahli GRS.
"Melangkah ke hadapan, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS.
"Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Untuk rekod, terdapat empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan bertanding atas tiket GRS.
Malah, dua daripada mereka iaitu Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) manakala Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Di peringkat Kerajaan Negeri pula, terdapat 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Sabah termasuk dua ADUN Dilantik.
Selain itu, terdapat dua Ahli Dewan Negara daripada Bersatu Sabah terdiri daripada Datuk Bobbey Suan dan Datuk John Ambrose.
Tambah Hajiji, keputusan sebulat suara itu adalah demi kepentingan Sabah, perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.
Sambil menyifatkan ia adalah keputusan terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik negeri, beliau dan kepimpinan akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri-negeri Borneo di Malaysia.
"Sabah mahukan kestabilan politik dan perpaduan. Kami mahu memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan Sabah dan untuk melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya lalu," katanya.
Selain itu, Hajiji berkata, keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.
Ini katanya kerana di peringkat Persekutuan Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Adalah menjadi komitmen kerajaan Sabah bersama Sarawak sebagai blok Borneo untuk menyuarakan aspirasi rakyat dan untuk melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dilaksanakan sepenuhnya.
"Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh kami sebagai ahli parti itu," katanya.
Astro Awani
Sat Dec 10 2022

Hajiji (lima dari kanan) mengumumkan Bersatu Sabah meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.

4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.

Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan rasmi bersama bekas pemimpin Bersatu.

Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.

Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.

PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin
Setiap calon Bersatu yang bertanding atas tiket GRS akan memberi sumbangan kepada Perikatan Nasional untuk menentukan beberapa kerusi di peringkat Dewan Rakyat.

Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mempertahan enam kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.