Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak dapat lari dari dikerumuni peminat-peminatnya ketika singgah sebentar di pasar di pekan Rawang bagi memberi sokongan kepada teman rapatnya yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Selayang, Kang Meng Huat.
Menurut laporan The Star, ramai menyedari kelibat Chong Wei apabila beliau disambut oleh Meng Huat yang menjemputnya untuk sarapan pagi bersama.
Kempen menjadi kecoh dengan kehadiran Chong Wei yang didatangi peminat ketika itu yang mengajak beliau untuk berswafoto dan menurunkan autograf.
Chong Wei juga dilihat sempat menyampaikan beberapa poster dan baju BN kepada penyokong yang hadir.
Meng Huat mengakui beliau sangat terharu Chong Wei sanggup hadir untuk meluangkan masa bersama walaupun masing-masing sibuk dengan jadual kerja yang ketat.
“Beliau kawan baik saya dan saya berterima kasih kerana beliau sanggup datang untuk beri sokongan.
“Janji saya kepadanya jika dipilih sebagai ahli Parlimen adalah untuk menggalakkan badminton di Selayang dan mungkin menghasilkan juara dunia dari Selayang,” katanya kepada The Star.
Difahamkan Chong Wei ketika ini sedang sibuk membuat persediaan menghadapi kejohanan Piala Thomas yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand hujung bulan ini.
Azyyati Ahmad
Mon May 07 2018
Meng Huat mengakui beliau sangat terharu Chong Wei sanggup hadir untuk meluangkan masa bersama walaupun masing-masing sibuk. - Sumber Facebook Kang Meng Huat
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Legenda badminton Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
Pemain badminton lagenda Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Denmark 2024
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun
Aaron-Khai Xing muncul juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah.
Terbuka Artik 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final
Beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berpeluang untuk meraih gelaran ketiga mereka tahun ini selepas mara ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland hari ini.
Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.