ALOR SETAR: Setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan kenyataan yang dibuat Pergerakan Pemuda UMNO Alor Setar terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai 'Menteri Besar Pintu Belakang' sebagai sesuatu yang melucukan.
Menurut beliau, muncul persoalan adakah naratif yang digunakan itu termasuk penggunaan istilah 'selesa' dan 'pintu belakang' turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Tambahnya, jawapan balas yang diberikan Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan juga disifatkan telah melencong jauh.
"Mengaitkan sentimen 'selesa' apabila memberi respon terhadap jawapan Datuk Seri Muhammad Sanusi kepada soalan wartawan mengenai desakan sesetengah pihak yang mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera menggunakan sentimen 'selesa' adalah sesuatu yang melucukan.
"Berdasarkan video yang disiarkan Astro AWANI sendiri, jelas sekali Datuk Seri (Sanusi) menjawab soalan wartawan tersebut dengan pertanyaan, "boleh menangkah?
"Jika beliau yakin partinya boleh menang, maka jawab sahaja, 'ya, kami boleh menang'.
"Jawapannya mudah sahaja. Tak perlu melencong jauh nak kaitkan dengan kondisi 'selesa'," tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS itu.
Tambah Afnan, jawapan sebegitu kebiasaannya dikeluarkan oleh seseorang yang tidak yakin bahawa partinya boleh menang jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.
Jelasnya, Perdana Menteri yang datang dari parti UMNO sendiri juga telah menyatakan sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk diadakan PRU15 tatkala berlaku kesempitan ekonomi, peningkatan kos sara hidup dan inflasi.
"Semua pihak sama ada kerajaan, pembangkang, atau rakyat, perlu menumpukan usaha memulihkan ekonomi dan melipatgandakan usaha bagi memenuhi keperluan rakyat.
"Bukannya berhempas pulas menyelamatkan kepentingan individu tertentu. Politik individualistik ini sudah lapuk dan menyebabkan rakyat meluat.
"Atas prinsip mengutamakan rakyat inilah maka Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu berpendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Parlimen dibubarkan tergesa-gesa sebelum cukup tempoh matang," tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat menyifatkan kenyataan Pemuda UMNO Alor Setar itu ibarat menyindir pihak yang berada di dalam parti sendiri.
"Kalau ada pertembungan dalam parti sendiri pun, biarlah selesai secara dalaman dan penuh ukhuwah, tak perlu goncang pokok yang rendang.
"Pokok yang menaungi rakyat dan berusaha memberikan 'teduhan' dan kemakmuran," jelasnya.
Pada Jumaat, Pergerakan Pemuda UMNO Alor Setar mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar tidak terlalu selesa berada di jawatan berkenaan memandangkan ia diperoleh bukan melalui mandat rakyat atau secara "pintu belakang".
Ketuanya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri menjelaskan nasib yang diterima Muhammad Sanusi amat baik apabila berlaku huru-hara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini selain kekalahan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahaya di Dewan Undangan (DUN) Negeri Alor Mengkudu, menyebabkan ADUN Jeneri itu dilantik sebagai Menteri Besar mengikut hierarki parti.
Terdahulu, Sanusi secara berseloroh mempersoalkan pihak yang sering mendesak untuk PRU15 diadakan lebih awal berhubung kemampuan mereka untuk memenangi pilihan raya akan datang.
Beliau juga mengulangi pendirian bahawa PRU15 wajar diadakan selepas tamat penggal kali ini iaitu selepas bulan Mei tahun hadapan.
Tambah ADUN Jeneri itu, keputusan kerajaan negeri Kedah juga kekal seperti negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk tidak membubarkan DUN sehingga tamat penggal ini.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jun 04 2022

Kata Afnan, jawapan sebegitu kebiasaannya dikeluarkan oleh seseorang yang tidak yakin bahawa partinya boleh menang jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat. - Astro AWANI

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Langkah atasi liputan Internet lemah, promosi sukan permotoran tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini akan bincang langkah kerajaan dalam menangani isu berkaitan liputan Internet dan usaha mempromosi sukan permotoran dalam kalangan belia.

Pemuda Pas beri amaran turun ke jalanan jika sekat kebebasan bersuara
Pemuda Pas memberi amaran akan melakukan protes jalanan sekiranya kerajaan berterusan menghalang rakyat bersuara menyatakan kebenaran.

Pas dakwa PH-BN tidak ikhlas majukan negara
Afnan Hamimi mendakwa, politik dipamerkan gabungan itu adalah politik dendam yang sudah ditolak oleh sebahagian daripada anak muda pada hari ini.

Solidariti Palestin: Dewan Rakyat perlu buat usul kecam rejim zionis Israel - Pemuda Pas
Pemuda Pas menggesa Dewan Rakyat membuat usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Afnan Hamimi Ketua Pemuda Pas yang baharu, Nuridah Kekal Ketua Muslimat
Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.

Guna naratif 'pintu belakang' sebenarnya tuju kepada siapa? - SetPol MB Kedah
Kata Afnan, jawapan sebegitu kebiasaannya dikeluarkan oleh seseorang yang tidak yakin bahawa partinya boleh menang.

Ketua Pemuda Pas P. Pinang bertanding di Permatang Pauh
Afnan Hamimi merupakan calon orang muda dan diyakini akan dapat merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk Pas.

Tidak warta fatwa, PAS P.Pinang akan saman kerajaan negeri
PAS Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang -undang terhadap kerajaan negeri berhubung dakwaan tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan.