KUALA LUMPUR: Pas Sarawak berharap Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan ruang kepada parti itu meletakkan calon sekurang-kurang di satu atau dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12).
Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, peluang meletakkan calon akan menzahirkan semangat kerjasama antara Pas yang merupakan komponen Perikatan Nasional (PN), manakala GPS menyokong PN.
Jelasnya lagi, peluang meletakkan calon Pas memberi impak kewujudan parti itu di Sarawak.
"Kita minta mungkin GPS memberi laluan... supaya walaupun kita bertanding satu atau dua kerusi ia tidak akan menjejaskan mana-mana pihak.
BACA: Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon Bersatu di Sarawak
"Bagaimanapun, kerusi yang akan kita tandingi itu nanti merupakan kerusi yang boleh dimenangi oleh calon Pas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Selain itu, Jofri menjelaskan, pihaknya masih belum mengadakan rundingan atau mesyuarat bersama kepimpinan GPS di peringkat Sarawak.
BACA: PN sokong penuh GPS, soal kerusi bincang kemudian - Muhyiddin
BACA: PN sebulat suara setuju bantu GPS hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak
Mengulas mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN bahawa PN akan menyokong penuh dalam memastikan GPS menang besar pada PRN akan datang Jofri berkata, setakat ini Pas Sarawak belum menerima arahan daripada kepimpinan pusat.
"Namun, kami akan menyokong apa sahaja keputusan kepimpinan Pas pusat berhubung hal ini kerana kita percaya ia adalah keputusan terbaik. Bagaimanapun di peringkat Sarawak tiada apa-apa rundingan dengan GPS," katanya.
Pada Jumaat lalu, Muhyiddin berkata, pembahagian kerusi yang akan diwakili PN di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), akan dibincang kemudian selain mengikut budi bicara Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, tumpuan utama adalah untuk memastikan GPS memperoleh kemenangan dengan majoriti kerusi yang besar pada PRN12.
Sementara pada Ahad, Majlis Tertinggi (MT) PN pula, sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat bagi membantu GPS menghadapi PRN12.
Assim Hassan
Mon Apr 05 2021

Jelas Jofri lagi, peluang meletakkan calon Pas memberi impak kewujudan parti itu di Sarawak. - Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRU15: Pas tanding lima kerusi di Sarawak
Pas akan bertanding di kerusi tradisi yang ditandinginya pada PRU14.

PRN Sarawak: Pas Sarawak berhasrat untuk bertanding
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan, pucuk pimpinan belum memutuskan lagi sama ada menyertai PRN Sarawak atau sebaliknya.

Abang Jo belum fikir lagi permintaan Pas Sarawak
Abang Johari belum memikirkan permintaan Pas Sarawak yang mahu GPS memberi laluan kepada parti itu bertanding pada PRN12.

GPS, beri kami peluang bertanding satu, dua kerusi - Pas Sarawak
Ruang dan peluang itu akan menzahirkan semangat kerjasama antara Pas yang merupakan komponen Perikatan Nasional manakala GPS menyokong PN.

Pas Sarawak pertimbang guna lambang Barisan Nasional
Pas Sarawak berpandangan tiada masalah bagi parti itu untuk menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya perlu untuk memenangi kerusi sulung di negeri itu.