ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah menggabungkan formula terbaik dalam pengagihan kerusi bagi memastikan kemenangan lebih berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, rundingan akhir kini hanya melibatkan empat kerusi atau sekitar 10 peratus yang masih belum dimuktamadkan.
Menurutnya, rundingan membabitkan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah pun disepakati atas semangat perpaduan.
“Kami sudah sampai ke penghujung, rundingan hanya untuk tiga atau empat kerusi yang belum selesai.
"Kita telah berjaya menetapkan apa yang telah diputuskan oleh gabungan di peringkat Pusat berdasarkan kepada parameter yang perlu diakui semua parti-parti dalam gabungan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Mahfuz berkata, status quo kini bukan lagi menjadi penanda aras utama dalam agihan kerusi, sebaliknya mengadunkan pelbagai faktor yang boleh memberi kemenangan kepada calon PH mahupun BN.
“Selain berdasarkan parameter peringkat Pusat, kita masih ada ruang untuk perbincangan.
"Ada kawasan kita gunakan status quo, iaitu kerusi sedia ada yang kita menang atau BN menang, maknanya kita tidak usik.
“Tak kan pula PH nak kerusi Bandar Baharu atau Sungai Tiang (yang memang sudah dimenangi BN), dalam hal ini kita akui kepada mereka.
"Lain-lain kerusi itu masih ada keterbukaan untuk melihat kepada faktor-faktor boleh menang,” ujarnya.
Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, setiap rundingan dilakukan atas semangat perpaduan melalui perbincangan selepas masing-masing menyatakan tuntutan terhadap kerusi terlibat.
“Ibaratnya begini, kesemua pihak dalam gabungan PH-BN hendaklah menjadi galah penyambung untuk capai buah di hujung pokok.
"Masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain, PH perlu kepada BN menjadi galah penyambung, BN juga perlukan PH untuk jadi galah penyambung.
“Kalau ada yang reput, kita harus baiki dan tengok macam mana galah itu seharusnya dilakukan untuk jadi penyambung.
"Kalau pisau di hujung galah penyambung pula tidak tajam, kita perlu cari pisau yang lebih tajam,” jelasnya.
Mahfuz bagaimanapun belum mendedahkan formula agihan yang akan digunakan dalam PRN sama ada melibatkan 60-40 peratus atau agihan sama rata.
“Yang itu kita tunggu dulu, sebab rundingan masih berjalan, berapa kerusi bagi setiap gabungan akan dimuktamadkan nanti.
“PH pun ada demand (permintaan). BN pun sama demand. Jadi kita selesaikan mengikut cara kita.
"Sebab itu kita sudah capai tahap yang baik dan hanya tiga empat belum muktamad. Rundingan terhadap semua demand itu dibincangkan secara harmoni,” ujarnya lagi.
Mahfuz bagaimanapun enggan mendedahkan kawasan yang masih dalam rundingan akhir dan dijangka dapat diselesaikan menjelang pertengahan Jun ini.
“Kawasan mana masih rahsia. Belum boleh dedah.
"Saya percaya semua 36 kerusi akan dimuktamadkan menjelang Hari Keputeraan Sultan Kedah (18 Jun) dengan mengambil keberkatan hari tersebut,” katanya.
Pada Ahad, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan pembahagian kerusi berasaskan kepada formula 19-17 untuk PH dan BN di Kedah sebagai adil.
Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian pula menyarankan kaedah sama rata atau 60-40 atau mengikut kekuatan masing-masing untuk BN atau PH di Kedah.
Dalam pada itu, Mahfuz menyifatkan pandangan tersebut antara asas yang sangat baik untuk diperhalusi di saat akhir rundingan.
“Ia salah satu asas yang baik dan kami sememangnya melihat dalam semua aspek. Namun perbincangan sudah di penghujung, kita akan umum selepas semuanya selesai,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 05 2023
Mahfuz berkata, rundingan akhir kini hanya melibatkan empat kerusi atau sekitar 10 peratus yang masih belum dimuktamadkan. -Gambar fail/Sinar Harian
Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio
Polis menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.
Penggiat industri teknologi perlu pergiat usaha pastikan graduan bersedia untuk AI
Penggiat industri teknologi perlu meningkatkan usaha bagi memastikan graduan bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap bakat kecerdasan buatan (AI).
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.
Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.
Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin
Keadaan Salahuddin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak dan berada dalam pemantauan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Timbalan Presiden Amanah itu telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya.
Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian
Mahfuz menyelar Sanusi yang didakwa cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz
PH Kedah yakin bahawa gabungan bersama BN negeri berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRN akan datang.