Pengundi Semenyih diharap dapat memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, berdasarkan faktor anak muda berusia 30 itu mewakili kerajaan, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata Menteri Dalam Negeri itu lagi, ia sekali gus memberi jaminan bahawa agenda pembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan dengan mudah.
“Beliau (Muhammad Aiman) adalah calon yang terpilih dan pada saya penerimaan umum agak baik, sangat berkelayakan, serta merupakan orang muda.
“Secara logiknya jika wakil PH menang di Semenyih maka lebih mudah untuk jalankan tugas dan mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri atau Pusat,” katanya kepada pemberita selepas Penamaan Calon bagi PRK DUN Semenyih, di sini pada Sabtu.
Mengenai isu yang dijangka menjadi keutamaan, Muhyiddin berkata, jentera pilihan raya telah mengenal pasti masalah-masalah penduduk setempat, antaranya kesesakan lalu lintas, masalah banjir, serta kesesakan di Hospital Kajang.
“Itu masalah yang diutarakan oleh penduduk Semenyih tetapi kita tidak boleh janji akan bagi sebab itu arahan dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya. Tapi yang saya boleh katakan kita ambil maklum tentang masalah itu,” katanya lagi.
Arfa Yunus, Firdaus Azil
Sat Feb 16 2019
Ia sekali gus memberi jaminan bahawa agenda pembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan dengan mudah. - Foto Shahir Omar/Astro AWANI
Lebih 500 juta unit siri Call of Duty terjual
Ia berjaya meletakkan siri Call of Duty di tangga kedua siri permainan video dengan jualan tertinggi di belakang siri Mario.
PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak
Anwar doakan semoga baginda dan Raja Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
AWANI Ringkas: Turun naik Ringgit Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 1 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 November 2024
1️⃣ Kes buli: ATM tidak akan kompromi
2️⃣ Turun naik Ringgit Malaysia
3️⃣ Susulan RUU haramkan operasi UNRWA
#awaniringkas
1️⃣ Kes buli: ATM tidak akan kompromi
2️⃣ Turun naik Ringgit Malaysia
3️⃣ Susulan RUU haramkan operasi UNRWA
#awaniringkas
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 1 November 2024
Bagaimana prestasi pembukaan FBM KLCI setakat pagi Jumaat? Ikuti perkongsian lanjut bersama Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 1 November 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 1 November 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal rendah nilainya berbanding dolar US disebabkan tarikh pilihan raya presiden AS antara Kamala Harris dan Donald Trump semakin hampir, iaitu pada 5 November depan.
Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS, kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.