KUALA LUMPUR: Perbuatan memfitnah dan mengata parti lain semasa berkempen demi meraih undi perlu dielak kerana ia mencerminkan akhlak dan peribadi parti itu sendiri.
Penasihat Kompleks Darul Thibbunnabawi Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata individu yang menyebarkan fitnah tentang parti lain dan mengeluarkan kata-kata kesat semasa berkempen tidak layak diundi sebagai pemimpin.
Sebaliknya beliau berkata parti politik perlu lebih fokus menyebut tentang kebaikan partinya menggunakan bahasa yang baik seterusnya menunjukkan komitmen yang berterusan untuk membantu rakyat.
"Semua pengundi sekarang berpelajaran, jadi siapa yang suka memaki dan mencaci, tidak perlulah pilih parti tersebut. Demikian juga parti yang membawa fitnah dan tuduhan serta penipuan kepada masyarakat contohnya manifesto yang menipu," katanya kepada Bernama.
Ketika ditanya mengenai panduan berpolitik secara Islam, beliau berkata Rasulullah SAW merupakan panduan yang jelas iaitu ajaran al-Quran dan hadis perlu diterapkan dalam peribadi seorang pemimpin selain perlu belajar tentang siyasah syar'iyah (cara mentadbir kerajaan berasaskan undang-undang Islam).
Turut senada, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis berkata secara umumnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan bahasa kesat dilarang dalam Islam, bukan hanya semasa berkempen.
"Orang yang menggunakan kata-kata kesat adalah orang yang tidak berakhlak... orang yang mempunyai sifat sedemikian tidak layak menjadi pemimpin.
"Kita tahu politik ini sebahagian daripada agama, memilih pemimpin ini bukan satu benda yang remeh, ia membawa kesan yang sangat besar kepada negara. Kalau kita tengok negara maju adalah sebab pemimpin yang bagus dan amanah," katanya.
Beliau berkata seorang pemimpin negara perlu memiliki ciri-ciri amanah terhadap kepercayaan yang diberi rakyat, memberikan layanan yang adil kepada rakyat, mengelak perkara yang membawa kepada permusuhan, sanggup berkorban demi rakyat serta mempunyai niat yang betul dalam menyertai politik negara.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata fitnah adalah sekeji-keji bentuk kempen dan permainan politik sekali gus berupaya menaikkan seseorang yang jahat dan menjatuhkan seseorang yang baik.
Beliau menyeru semua parti politik supaya memperbaharui niat bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 sambil menekankan bahawa dua tunjang utama politik negara adalah rakyat dan agama.
"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa 'janji Puteri Gunung Ledang' oleh pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi kita tidak mahu soal agama Islam selaku agama Persekutuan dikesampingkan oleh mana-mana parti yang memerintah kelak.
"Isu moral dan akhlak adalah asas pembinaan negara yang stabil, maju dan seimbang. Justeru, tidak ada kompromi bagi pihak yang memandang ringan soal agama," katanya.
Zulkifli berkata biarpun usik-mengusik merupakan perkara biasa semasa berkempen, adab dan akhlak perlu dipelihara supaya tidak keterlaluan membenci dan memusuhi kerana hakikatnya kempen cuma perlawanan kebijaksanaan dalam mengatur strategi mempromosi parti masing-masing di lapangan dan media sosial.
Di samping itu, menurutnya, beliau tertarik dengan sebahagian anak muda di aplikasi TikTok yang akan mengundi buat pertama kali, yang berusaha membuat penelitian menerusi Internet untuk menilai calon dan parti mana yang perlu diundi.
"Selain carian di alam maya, saya sarankan supaya hadir ke rapat umum semua calon yang bertanding. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin melalui pertanyaan, perbualan dengan pengundi yang lebih senior daripada pelbagai parti. Akhirnya, mohonlah petunjuk daripada Allah melalui solat istikharah," katanya.
Menurut Zulkifli, rakyat mahukan pemimpin terbaik untuk negara dan masa depan generasi muda, bagaimanapun, secara realistiknya ia umpama memilih antara dua kelemahan.
"Pilihlah yang lebih ringan atau kurang kelemahannya, asalkan mereka berjaya membuktikan kesungguhan mereka mengutamakan memperkukuh ekonomi, mensejahterakan rakyat dan memelihara agama. Selamat berkempen dan selamat mengundi. Dirgahayu Malaysiaku tercinta!," katanya.
Bulan lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan kempen kesedaran hentikan fitnah di media sosial bagi membendung berita tidak benar yang semakin berleluasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad ketika melancarkan kempen itu berkata ramai individu ingin menjadi wartawan seterusnya menyebarkan berita menerusi media sosial tanpa mematuhi etika kewartawanan demi mensasikan isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
AHMAD DUSUKI: Semua pengundi sekarang berpelajaran, jadi siapa yang suka memaki dan mencaci, tidak perlulah pilih parti tersebut. - Foto Facebook
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Hari bertenang di Uzbekistan sebelum pilihan raya Ahad
Pada Sabtu, semua bentuk kempen - melalui televisyen, radio, media sosial, dan sepanduk fizikal - dilarang sama sekali.
[KOLUMNIS] Komunikasi politik tersingkap: PRK Nenggiri mengenai ketulenan atau persembahan?
Fenomena manipulasi ketulenan ini tidak hanya terbatas kepada pentas politik Indonesia; ia juga dapat dilihat dalam dinamika politik semasa di negara kita.
Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu
Sebanyak 66 peratus daripada sumbangan kempen adalah daripada penderma baharu.
PRK Sungai Bakap: Tiada sebab tolak calon PH - Fadhlina
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata Joohari yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan pentadbiran akan membawa kemakmuran kepada kawasan Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Calon PH tidur tiga jam, ubah rutin harian santuni pengundi
Beliau tidak kisah mengorbankan waktu rehatnya demi menambat hati pengundi lebih-lebih lagi bagi memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar.
PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.
Mahkamah benarkan permohonan Fahmi Fadzil batal tuntutan balas Ahmad Dusuki
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Fahmi Fadzil untuk membatalkan tuntutan balas yang dikemukakan oleh penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Pembiayaan kempen haram: Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy disabitkan bersalah
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun ke atas Sarkozy dengan separuh daripada hukuman itu ditangguhkan.
Kamarul Zaman tarik balik saman fitnah terhadap Hannah Yeoh
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Data dalam PADU tidak akan diguna sebagai bahan kempen politik - Fahmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan pastikan data peribadi dalam sistem itu tidak disalah guna.