Kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang ingin mengedarkan risalah '#tuntut harga mintak RM1.90' pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki telah menimbulkan kemarahan peminat bola sepak.

Nik Nazmi memuatnaik posting tersebut di akaun Instagramnya malam tadi yang turut meminta peminat bola sepak bersama-sama mengedarkan risalah tersebut.

Bagaimanapun posting tersebut telah mendapat kritikan serta cemuhan hebat oleh rakyat Malaysia di media sosial Instagram dan Twitter.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan niat Nik Nazmi itu kerana merasakan tempat dan masanya tidak sesuai untuk 'bermain politik'.

Ada juga yang meminta supaya risalah itu dikoyakkan.

Nik Nazmi Insta


Dalam laporan Malaysiakini, satu gabungan yang terdiri dari 15 NGO turut merancang mengadakan sebuah himpunan yang mensasarkan 10,000 orang pada malam ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.

Menurut Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar gerakan itu juga akan meneruskan jelajah bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk menyertai mereka pada perhimpunan tersebut.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat turut memaklumkan akan menganjurkan demonstrasi sekiranya harga minyak RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014.