Pilihan raya kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi kesempatan terbaik rakyat untuk menilai kedudukan sebenar blok pembangkang di mata rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kegagalan bersepakat dalam banyak perkara adalah gambaran betapa rapuhnya hubungan pakatan sesama mereka.
"Jika beginilah keadaannya bagaimana mereka mahu membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kuat. Suatu perkara yang boleh dinilai di sini adalah apabila jelas kelihatan betapa angkuhnya DAP dan PKR yang secara tidak langsung mendesak pihak lain menuruti kehendak mereka.
"Saya yakin kalau sesuatu kawasan pilihan raya itu biasa ditandingi DAP, pasti mereka bermati-matian tidak membenarkan parti lain bertanding di situ, jadi kenapa mereka hendak mendesak PAS untuk melepaskan kawasan tradisi milik PAS sendiri?" katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.
Shamsul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang kesal dengan keengganan PAS untuk berunding selain meletakkan calon di dua PRK selain ia dilihat akan menguntungkan UMNO.
Dalam pada itu, jelas Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, rakyat diminta menolak pandangan Kor Ming selain mahu pengundi menyedari bahaya seandainya beralih sokongan kepada pembangkang.
"Bahaya kalau rakyat beralih pada parti pembangkang di kedua-dua kawasan ini kerana amat nyata mereka tidak mampu berbuat apa atau bersepakat menjaga kebajikan rakyat di sini. Maka usah kita mengambil risiko yang merugikan dengan memilih pembangkang," katanya.
Shamsul Anuar turut berharap DAP, PKR, PAS dan PAN tidak membuang masa untuk berunding dan meminta semua bertandinglah kerana ia dilihat lebih baik selain memeriahkan suasana.
"Jadi saya cabar semua bertanding untuk uji siapa parti terkuat dalam blok pembangkang ini. Kalau selama ini pimpinan pembangkang sering perjuangkan isu kebebasan dan demokrasi maka saya cabar PAS, PKR, PAN atau DAP bertanding menentang UMNO di kedua-dua PRK ini.
"Biar rakyat menilai siapa yang kuat dan siapa yang diterima rakyat. Kalau berani bertandinglah," ujarnya.
Katanya, dua PRK ini merupakan peluang terbaik untuk membuktikan bahawa segala fitnah, gambaran buruk yang dihalakan kepada Barisan Nasional sejak sekian lama akan ditolak rakyat.
PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun depan.
Wan Syamsul Amly
Sun May 22 2016
SHAMSUL ANUAR:'Dua PRK bukti kerapuhan dua jenis pakatan' - Gambar fail
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.