BEBERAPA tahun lalu, CEO Netflix berkata pesaing mereka ialah Fortnite bukannya Disney+.
Semalam, CEO Disney Bob Iger mengumumkan House of Mouse akan melabur $1.5 bilion bagi memiliki saham di dalam Epic Games, syarikat yang membangunkan Fortnite.
Menerusi pelaburan in, “dunia hiburan” Disney akan dibina di dalam dunia Fortnite.
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini.
Walaupun frasa metamesta tidak digunakan, secara zahirnya ini ialah dunia Disney di dalam ekosistem Fortnite yang boleh diakses sepanjang masa.
Watak Disney boleh dimainkan, kandungan Disney boleh dihasilkan dan lebih penting bagi pemegang IP ialah boleh dibeli oleh pemain.
Perjanjian di antara Disney dan Epic Games di dalam Fornite ini adalah untuk beberapa tahun. Sebelum ini watak Marvel ditawarkan untuk tempoh terhad di dalam Fortnite maka pengumuman hari ini tidaklah begitu mengejutkan.
Permainan video menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding perfileman sejak akhir-akhir ini.
Sinergi di antara Disney dan Epic Games pastinya akan menguntungkan kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi buat Disney yang melihat pendapatan perfileman dan taman tema mereka yang mula merudum. -Amanz
Amanz
Thu Feb 08 2024
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini. -Amanz
Berita Terkini Kita: Jalan-jalan ke Lok Kawi
Jom jalan-jalan ke Lok Kawi dengan Miss World Malaysia! Kami nak tahu apa yang Wenanita nak kenalkan kepada kami berkenaan negeri Sabah! Selain itu, ada juga cerita Jalur Gemilang? Di mana? Di Beaufort dan Lahad Datu. Ikuti episod kali ini.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
Saya tawakal kepada Allah masa "Pak Belang" muncul - Pemancing
Dua lelaki berdepan detik cemas apabila mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika sedang memancing berhampiran ladang kelapa sawit Felda Nitar 2, Rabu lepas.
JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor
Ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
16 pendatang tanpa izin ditahan di premis hiburan haram di Puchong
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 16 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah premis diubah suai menjadi pusat hiburan haram di Puchong, Selangor, semalam.
Kembara KASIH: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di seluruh Sarawak
Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.
AWANI Ringkas: 'Uncle Roger' cipta rekod dunia Guinness
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 terbunuh, 3 cedera dalam kebakaran di timur laut China disyaki berpunca daripada basikal elektrik
Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang.
Kementerian akui rumit, pegawai kebajikan beri bantuan
Datuk Seri Nancy Shukri mengakui kes membabitkan mangsa yang diselamatkan polis dalam Op Global adalah rumit.
'Avatar 3: Fire And Ash' bakal temui peminat pada 2025
James Cameron mengumumkan tajuk filem baharu "Avatar 3: Fire And Ash," yang dijadual ditayangkan pada 2025.
Miniso buka pink store pertama di Malaysia
Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso melebarkan sayapnya dengan pembukaan pink store pertama di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.
Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini.
Disney+ mula halang perkongsian kata laluan di AS
Disney Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Di Amerika
Netflix akan tamatkan pelan 'Basic' tanpa iklan di beberapa negara
Ia akan dilakukan di Kanada terlebih dahulu sebelum turut akan ke Amerika Syarikat dan UK pada Q2 2024.
Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse
Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.
'The Little Mermaid' ungguli carta pecah panggung di Amerika Utara
Filem The Little Mermaid mendahului carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara dengan anggaran jualan dalam masa tiga hari pada hujung mencecah AS$95.5 juta.
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
Disney Plus rancang kurangkan kandungan, jual lebih banyak iklan dan tingkatkan yuran langganan
Untuk mengurangkan kos, Disney merancang untuk mengurangkan beberapa kandungan sedia ada pada perkhidmatan penstriman.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.