'Deklarasi Mahathir' tidak akan ke mana kerana ia merupakan percaturan silap pihak terbabit untuk mengubah sistem demokrasi negara ini yang didukung oleh rakyat, kataKetua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata mereka yang terbabit dalam deklarasi itu sedar dan tahu bahawa sistem demokrasi di negara ini adalah berlandaskan kepada pilihan raya dan perlembagaan.
"Mungkin ada rakyat seronok sertai deklarasi itu, tandatangan, tetapi mereka faham itu bukan kaedahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mengadakan lawatan ke Wisma Bernama dan memberikan taklimat berkaitan isu politik semasa.
Hadir bagi pihak Bernama ialah Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab, ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarang Datuk Mokhtar Hussain, Mikhail Raj Abdullah dan Ahmad Zukiman Zain, pengarang dan pegawai kanan.
Pada Jumaat lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR, memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
"Deklarasi itu nama sahaja daripada rakyat tetapi datangnya daripada pemimpin-pemimpin yang bergaduh dan bukannya semua wakil rakyat pun.
"Ini sentimen menghasut datangnya daripada orang yang kecewa (selepas) perjuangan peribadinya gagal," katanya.
Ditanya mengenai kesan deklarasi itu kepada UMNO, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata UMNO bersikap positif dalam mengendalikan setiap masalah yang berlaku, dan cabaran itu pastinya menjadikan UMNO lebih kuat.
"Tiada satu parti politik dalam dunia ini yang tidak menghadapi cabaran, isu, dan sebagainya. Setiap cabaran itu proses untuk menguji ketahanan dan antibodi politik kita. Lagi banyak ujian, lagi banyak pengalaman kita.
"Isu-isu yang kita hadapi ketika ini, tiada yang luar biasa kerana UMNO itu solid (mantap); ada permuafakatan di bahagian dan cawangan, malah dahulu ada team A dan team B, cabar mencabar, tetapi itu semua tidak berlaku ketika ini," katanya.
Bernama
Thu Mar 10 2016
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika berucap pada majlis beramah mesra dengan pegawai-pegawai kanan Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) di Wisma Bernama hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.