KUALA LUMPUR:DAP bersedia untuk berunding secara rasmi dengan kerajaan bagi mencapai satu konsensus nasional dengan semua parti politik bagi menjayakan Belanjawan 2021 dan memerangi COVID-19.
Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, beliau dan rakan-rakan sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan parti-parti lain, cuma menunggu pihak perdana menteri mengadakan rundingan rasmi.
Menurut Anthony, hasratnya itu telah pun dimaklumkan dan dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Majlis Presiden Pakatan telah memberi persetujuan untuk saya dan rakan-rakan untuk berunding dan menyatakan pandangan kita, termasuk juga ada beberapa siri mesyuarat tidak rasmi dan perjumpaan dengan rakan-rakan dari parti lain untuk kita membincangkan mengenai kemungkinan tersebut.
“Tetapi apapun saya yakin bahawa yang paling penting perdana menteri perlu mengambil langkah tersebut.
"Kita boleh duduk, bincang dan cakap, tapi kalau tidak ada keinginan politik dari pihak perdana menteri maka perkara ini takkan berjalan,” jelasnya.
Kata Anthony, sekiranya ruang rundingan itu diberikan, maka urusan penting negara seperti pembekalan belanjawan itu dapat diluluskan.
“Kalau kita diberikan ruang untuk memberikan pendapat, kalau ada rundingan itu berlaku, maka urusan kerajaan dapat dijalankan dan Bajet 2021 dapat diluluskan,” katanya.
Bagaimanapun Anthony menolak untuk menyatakan syarat-syarat rundingan kepada media kerana katanya yang penting perbincangan itu harus direalisasikan.
“Saya tak nak meletakkan apa syarat-syarat melalui platform media dan kemudian perbincangan itu tak jadi.
"Biarlah kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang ada niat untuk adakan rundingan terlebih dahulu.
"Sudah tentunya dari blok pembangkang sudah berkali-kali mengatakan kita bersedia untuk duduk semeja,” katanya lagi.
Sebelum ini Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong menyatakan syarat rundingan iaitu perdana menteri harus 'mengorbankan' Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
BACA: DAP sedia kerjasama dengan Muhyiddin jika Hamzah, Azmin letak jawatan
Azyyati Ahmad
Mon Oct 26 2020

DAP sedia berunding duduk semeja dengan kerajaan cuma menunggu pihak Perdana Menteri adakan rundingan rasmi. -Gambar fail
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.