KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan membincangkan tentang penerimaan anugerah gelaran darjah kebesaran Selangor yang diterima oleh Exco Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu ada berbincang dengannya mengenai perkara itu.
“Saya juga telah meminta beliau membawa perkara itu kepada pengetahuan Jawatankuasa DAP Selangor, kita juga akan bincangkan dalam jawatankuasa pusat dalam mesyuarat CEC akan datang,” katanya pada sidang akhbar pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2023 di sini pada Ahad.
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada ADUN Sekinchan Itu.
Suee Lim merupakan antara 97 yang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri yang didahului oleh penerima darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) iaitu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Sebelum ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pernah mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin dan ADUN Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 17 2023

Suee Lim (kanan) merupakan antara 97 yang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

DAP akan bincang gelaran Datuk diterima Suee Lim
CEC DAP akan membincangkan tentang penerimaan anugerah gelaran Datuk yang diterima oleh Exco Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

DAP Pulau Pinang ingatkan jangan percaya senarai calon tular PRN
Menurutnya, hanya Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang boleh mengumumkan senarai calon akhir.

Senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Parti DAP 2022-2025
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 yang dipilih hari ini menyaksikan beberapa wajah baharu tampil memimpin parti itu.

Young Syefura jadi Melayu tunggal dalam CEC DAP
Beliau yang menerima 991 undi berada di kedudukan ke-24 daripada keseluruhan 93 calon yang bertanding.

Pemilihan CEC DAP bermula
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bermula pukul 11.50 pagi, hari ini.

Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

'Saya cabar DAP buang Bersatu dari PH' - ADUN Jeram
Ronnie Liu dan kepimpinan tertinggi DAP dicabar untuk membawa usul menyingkir Bersatu dari komponen Pakatan Harapan di mesyuarat akan datang