ISKANDAR PUTERI: Kenyataan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengatakan MCA selaku parti 'sesat' baru-baru ini, sebagai 'gaduh mulut' yang perlu dihentikan.
Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, berkata, selaku pimpinan politik, Teresa seharusnya memberikan fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat.
"Sesat tak sesat itu pandangan peribadi dia (Teresa), dan bagi saya hala tuju MCA adalah jelas di mana kita berkhidmat membantu rakyat dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negara.
"Bagi saya gaduh mulut ni tak perlu lah... DAP pun dah jadi salah satu parti dalam gabungan pemerintahan kerajaan.
"Oleh itu, biarlah kita fokus kepada isu rakyat dan rakyat tengah menunggu apa yang kerajaan lakukan bagi membantu rakyat yang tengah Sengsara sebab kos sara hidup yang tinggi... isu gaduh mulut ni biarlah berhenti setakat itu sahaja," katanya pada Isnin.
Tian Soon berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teresa yang mengatakan MCA sebagai parti 'sesat' baru-baru ini.
Terdahulu, Tian Soon menyempurnakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Gleneagles Hospital, Johor dan Yayasan ROSE sempena Kempen Kesedaran Kanser Serviks di sebuah hotel terkemuka di sini.
Sementara itu, Tian Soon berharap agar, semua pihak khususnya ahli MCA bertenang dalam isu tersebut (MCA parti sesat).
Malah katanya, mereka juga perlu faham perlu faham mengenai hala tuju parti MCA.
"Bagi mereka yang sengaja nak 'batu api' kan kita,,, tak perlulah; kita sebagai pengamal politik muda kita perlu norma yang baru... tak perlu buat cara hari-hari cari pasal gaduh mulut melalui media.
"Kalau ada yang tak puas hati daripada parti 'sebelah sana' atau Teresa Kok saya sedia memberikan penjelasan kepada Teresa berhubung hala tuju MCA," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Bernama
Mon Jan 22 2024

Tian Soon berkata, selaku pimpinan politik, Teresa seharusnya memberikan fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dakwaan MCA 'parti sesat' hanya 'gaduh mulut
Kenyataan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengatakan MCA selaku parti 'sesat' baru-baru ini, sebagai 'gaduh mulut' yang perlu dihentikan.