IPOH: Dakwaan kononnya Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar PKR, seterusnya menjadi Ahli Parlimen Bebas menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana diberi 'tekanan' menggunakan agensi penguatkuasaan, hanya spekulasi semata-mata.
Demikian kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang berpendapat dakwaan itu dibuat pihak tertentu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan bekas Naib Presiden PKR berkenaan.
"Di negara kita ini, ada banyak dakwaan-dakwaan seumpama itu tetapi saya berpandangan bukan mudah untuk memberi tekanan ataupun 'membeli' golongan-golongan seperti pemimpin yang pernah jadi menteri dan sebagainya.
"Mereka adalah pemimpin-pemimpin besar. Beliau (Dr Xavier) adalah bekas naib presiden kepada sebuah parti, bukan baru dalam parti berkenaan.
"Jadi saya fikir bukan mudah untuk memberi tekanan ataupun dakwaan membeli pemimpin-pemimpin seumpama ini," katanya ketika ditemui selepas program dialog penerangan bersama Bersatu Perak di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Pada Sabtu, Dr Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
BACA: Dijangka lebih ramai pemimpin pembangkang sertai Bersatu, PN - Faizal Azumu
BACA: Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR
Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, kemudian mendakwa Dr Xavier tidak akan berbuat demikian jika bukan kerana siasatan terpilih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berniat menakut-nakutkan beliau.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal mendakwa, beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang akan mengikut langkah Dr Xavier kerana menyedari Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan yang baik.
"Saya nampak kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang baik. Maka saya fikir dalam hati, ramai Ahli-ahli Parlimen atau di kalangan rakyat... ramai yang dah tertarik kepada kerajaan PN.
"Jadi kalau mereka dah mula terfikir-fikir nak memberi sokongan kepada kerajaan, itu masuk akal," katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 14 2021

Ahmad Faizal mendakwa, beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang akan mengikut langkah Dr Xavier kerana menyedari PN adalah sebuah kerajaan yang baik. - Gambar fail
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Dakwaan Dr Xavier sokong PN kerana tekanan hanya spekulasi - Faizal Azumu
Dakwaan Dr Xavier sokong PN kerana tekanan hanya spekulasi - Faizal Azumu