KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua pihak menerima dengan terbuka keputusan dibuat pucuk pimpinan berhubung calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi gabungan parti itu pada Selasa.

Dalam masa sama, beliau tidak mahu mana-mana pihak cuba memujuk dan merayu jika tidak dipilih pucuk pimpinan sebagai calon PRU15.

“Harap terima keputusan dengan baik hati. Sokong keputusan pucuk pimpinan untuk tentukan kemenangan kita.

“Harap lepas ini tidak ada  perkara luar biasa. Tak payah nak mendayu dan merayu,” katanya selepas mengumumkan senarai calon PRU15 bagi PN di MITEC di sini pada Selasa.

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN

Beliau berkata, setiap keputusan dibuat pucuk pimpinan perlu disokong dengan sebaiknya memandangkan ia telah ditentukan sejak awal lagi.

“Kita orang Islam perlu terima keputusan yang telah ditentukan lebih awal sebagai satu takdir.

“Harap semua beri sokongan penuh supaya kita memperoleh kemenangan,” ujarnya.