KUALA LUMPUR: Calon muda berusia bawah 30 tahun yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat masih belum mampu memperoleh mandat daripada penduduk negeri itu meskipun kali pertama menyaksikan pelaksanaan Undi18.
Seramai lapan calon berumur bawah 30 tahun bertanding dalam PRN Johor dengan dua individu merupakan calon paling muda, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.
Daripada lapan calon itu, hanya seorang calon iaitu Amira Aisya Abd Aziz, 27, daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang memperoleh kemenangan pertama untuk parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru.
Beliau yang merupakan Setiausaha Agung MUDA menewaskan Ng Yew Aik (BN-MCA), Loh Kah Yong (PN-Gerakan), Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang), Choong Shiau Yoon (Parti Bangsa Malaysia) dan Adzrin Adam (Bebas).
Secara keseluruhan, 63 calon berusia 40 tahun dan ke bawah daripada 239 calon bertanding pada PRN Johor dengan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 14 individu, diikuti Perikatan Nasional (13), Pejuang (11), Pakatan Harapan (10), MUDA (tujuh), PKR (empat) dan PBM (dua).
Dua lagi calon ialah daripada Parti Warisan yang bertanding di kerusi DUN Bukit Batu dan calon Bebas di DUN Kempas.
Bagaimanapun, 14 calon daripada 63 calon berusia bawah 40 tahun mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya mendapat mandat daripada penduduk di negeri selatan tanah air itu.
Calon PH Marina Ibrahim, 34, daripada DAP yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi DUN Skudai memperoleh kemenangan dengan majoriti paling besar dalam kalangan calon muda berusia 40 tahun dan ke bawah selepas mendapat 26,359 undi dengan majoriti 13,943 undi.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau yang masih positif COVID-19 menewaskan Yeo Kwee Kwang (PN-Bersatu) dan Shen Poh Kuan (BN-MCA).
Empat lagi calon PH-DAP yang turut menang adalah Ng Kor Sim, 38, yang memperoleh majoriti 7,001 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Jementah; Ee Chin Li, 39, mendapat majoriti 372 undi dalam pertandingan lima penjuru bagi kerusi DUN Tangkak; Liow Cai Tung, 36, memenangi kerusi DUN Johor Jaya dengan majoriti 1,922 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Wong Bor Yang, 35, memperoleh majoriti 5,921 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Senai.
Calon muda BN pula menyaksikan lapan orang berjaya memenangi kerusi ditandingi iaitu DUN Bukit Pasir yang dimenangi Mohamad Fazli Mohamad Salleh, 35, dengan majoriti tipis 198 undi; Mohd Hairi Mad Shah, 37, (DUN Larkin, majoriti 6,178 undi); Ling Tian Soon, 38, (DUN Yong Peng, majoriti 2,741 undi); Norlizah Noh, 38, (DUN Johor Lama, majoriti 6,039 undi) dan K. Raven Kumar, 39, (DUN Tenggaroh, majoriti 1,356 undi).
Mohamad Najib Samuri yang berusia 39 tahun pula memenangi kerusi DUN Parit Yaani dengan majoriti 294 undi; Aznan Tamin, 37, memperoleh majoriti 5,903 undi bagi kerusi DUN Tanjung Surat dan Lee Ting Han, 31, mendapat majoriti 3,176 undi bagi kerusi DUN Paloh.
Sementara itu, satu daripada empat calon muda yang dipertaruhkan PKR iaitu Chiong Sen Sern berusia 32 tahun memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi selepas menewaskan calon BN-MIC S Suppayah, Tan Heng Choon (PN-Gerakan) dan Lee Ming Wen (Warisan).
PRN kali ini menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan negeri, manakala PH memenangi 11 kerusi, PN (tiga kerusi), manakala PKR dan MUDA pula masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
![Calon muda bawah 30 tahun belum mampu peroleh mandat penduduk Johor Calon muda bawah 30 tahun belum mampu peroleh mandat penduduk Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647120132_PengundiMuda.jpg)
Pengundi muda menunjukkan jari yang sudah dicelup dengan dakwat kekal selepas mengundi bagi PRN Johor ke-15 buat kali pertama ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor Bahru, 12 Mac 2022. --fotoBERNAMA
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
![PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720133626_AkmalSaleh.jpg)
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
![PRN: Pas sukar capai sasaran bariskan 30 peratus calon muda PRN: Pas sukar capai sasaran bariskan 30 peratus calon muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687060841_AhmadFadhliShaari.jpg)
PRN: Pas sukar capai sasaran bariskan 30 peratus calon muda
Ahmad Fadhli berkata untuk PRN kali ini, kemungkinan besar calon muda yang akan diketengahkan PAS hanyalah sekitar 10 peratus.
![PRN: Pemuda BN harap 30 peratus calon muda bertanding PRN: Pemuda BN harap 30 peratus calon muda bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646679474_KetuaPemudaUMNOJo.jpg)
PRN: Pemuda BN harap 30 peratus calon muda bertanding
Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap sekurang-kurangnya 30 peratus calon orang muda dipilih untuk bertanding di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
![PRU15: Strategi MCA letak calon muda dalam setiap pilihan raya untuk jadi parti dinamik PRU15: Strategi MCA letak calon muda dalam setiap pilihan raya untuk jadi parti dinamik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668018487_MELAKA.jpg)
PRU15: Strategi MCA letak calon muda dalam setiap pilihan raya untuk jadi parti dinamik
Meletakkan calon-calon muda dalam setiap pilihan raya adalah strategi jangka panjang MCA untuk menjadikan sebuah parti dinamik yang mendengar suara anak muda.
![PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667734020_TUNMSYAHMI.jpg)
PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun
Daripada 1,386 calon yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15, hanya 241 (17.3%) berusia bawah 40 tahun.
![PRU15: Warisan umum tiga calon muda di Parlimen Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan PRU15: Warisan umum tiga calon muda di Parlimen Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667144364_ShafieApdalWarisa.jpg)
PRU15: Warisan umum tiga calon muda di Parlimen Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan
Warisan menampilkan tiga calon muda mewakili parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![PRU15: Pengundi muda, undi penentu PRU15: Pengundi muda, undi penentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647856327_TBjohormemilih.jpg)
PRU15: Pengundi muda, undi penentu
Putrajaya Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November ini.
![PRU15: Pertarungan antara calon muda - Bekas Exco Pemuda UMNO PRU15: Pertarungan antara calon muda - Bekas Exco Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665704568_SyamsulBaharin.jpg)
PRU15: Pertarungan antara calon muda - Bekas Exco Pemuda UMNO
Ia sejajar pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas yang telah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember tahun lalu.
![PRU15: MCA tampil ramai calon muda usia 30-an - Ka Siong PRU15: MCA tampil ramai calon muda usia 30-an - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662892023_weekasiong.jpg)
PRU15: MCA tampil ramai calon muda usia 30-an - Ka Siong
MCA akan menampilkan ramai calon muda yang berusia dalam lingkungan 30-an untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
![Calon muda bawah 30 tahun belum mampu peroleh mandat penduduk Johor Calon muda bawah 30 tahun belum mampu peroleh mandat penduduk Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647120132_PengundiMuda.jpg)
Calon muda bawah 30 tahun belum mampu peroleh mandat penduduk Johor
Seramai lapan calon berumur bawah 30 tahun bertanding dalam PRN Johor dengan dua calon paling muda berusia 26 tahun.