KUALA LUMPUR:Naratif penyatuan Melayu yang semakin berkembang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dilihat satu retorik politik biasa, namun ia sebenarnya membayangkan isu yang lebih besar.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid berpendapat, cabaran sebenar kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah di Parlimen, terutama dalam aspek pembahagian kerusi bagi parti-parti Melayu dan bukan Melayu.
"Dalam situasi politik sebenar menegaskan persoalan bagaimana pembahagian kerusi parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) terutama dalam kalangan parti-parti Melayu dan Islam kerana mereka akan bertanding dalam satu kawasan yang sama.
"Begitu juga perlu dilihat bagaimana pengagihan kerusi parti-parti bukan Melayu yang bergantung kepada demografi pengundi Melayu.
"Jadi di sebalik seruan Muhyiddin semalam yang menggesa penyatuan UMNO, Pas dan Bersatu, cabaran utama PN adalah pembahagian kuasa dan kerusi untuk berhadapan pilihan raya," katanya ketika dihubungi menerusi program Buletin AWANI.
Keutuhan Bersatu juga menjadi satu agenda yang perlu dititikberatkan kerana ia bukan sahaja menjadi tunjang kekuatan PN sebagai kerajaan malah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Manakala Belanjawan 2021 yang baru diluluskan di peringkat dasar pula dilihat ujian terbesar buat PN ketika ini.
"Ia memperlihatkan kebergantungan PN kepada suara-suara mendesak terutamanya daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Maknanya, mereka perlu akur dan tunduk kepada desakan UMNO dan BN untuk mendapatkan undi.
"Tetapi persoalannya, selama manakah tarik tali dan negotiation ini boleh memberi keuntungan kepada PN, Bersatu atau UMNO," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sun Nov 29 2020
Cabaran sebenar kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah di parlimen. - Foto/PMO
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.