KOTA KINABALU: Suhu politik Sabah dijangka semakin reda selepas pertemuan empat mata semalam di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi BN Sabah Datuk Bung Moktar Radin.
Terbaharu, awal pagi ini Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan harapan agar Hajiji dapat menerima saranan Anwar untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai semua parti politik di negeri itu.
Beliau yakin perkara tersebut akan meredakan suhu politik di negeri itu sekali gus menstabilkan kembali keadaan yang tegang sepanjang hampir dua minggu ini.
"Saya berharap agar Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Perdana Menteri demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
"Sebagai Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sabah, saya menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik di negeri ini.
"Saya yakin dan percaya melalui Kerajaan Perpaduan ini mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik negeri Sabah ketika ini," ujar Bung dalam satu kenyataan media pagi ini.
Dalam pada itu, Bung turut memaklumkan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah tidak dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 kerana perlu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.
Bung bagaimanapun berkata beliau bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah yang lain menyokong Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang dijangka dibentangkan oleh Hajiji hari ini.
"Berhubung dengan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam Belas pada 10hb Januari 2023, sebahagian besar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.
"Walaubagaimanapun, saya bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam Belas pada 10hb Januari 2023," kata Bung.
Abdul Hafiz Mustadi
Mon Jan 09 2023

Bung Moktar berharap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima saranan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. - Foto fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.

Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.