PERATUSAN keluar mengundi kedua terendah dicatat setakat ini.
Itu data yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai PRK Dun Sungai Kandis yang diadakan, kelmarin.
Meskipun PKR berjaya mempertahankan kedudukan di kubu kuat parti itu, jangkaan SPR sekurang-kurangnya 80 peratus pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka, jauh meleset!
Ramalan itu jauh tersasar selepas PRK Sungai Kandis hanya menyaksikan peratusan keluar mengundi 49.9 peratus (kedua terendah selepas PRK Penanti 31 Mei 2009 yang mencatat 46 peratus keluar mengundi) walau diadakan pada hari Sabtu.
Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (15,247) menewaskan dua pesaingnya; dari BN, Datuk Lokman Noor Adam yang memperoleh 9,585 undi dan calon Bebas, K.Murthy yang hanya menerima 97 undi.
Mohd Zawawi menang dengan majoriti 5,842 undi berbanding 12,480 pada PRU14 lalu sewaktu kerusi itu ditandingi Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei yang ketika itu turut ditentang BN dan calon Bebas.
Jarak PRK terlalu dekat
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani tidak menolak kemerosotan jumlah pengundi disebabkan jarak PRK dan PRU yang terlalu dekat.
Mohd Azizuddin turut merujuk kepada keyakinan rakyat bahawa PH mampu mengekalkan kemenangan kerusi itu walaupun tanpa mereka keluar mengundi.
“Kemerosotan itu ada kaitan dengan orang tiada mood untuk keluar mengundi disebabkan jarak masa antara PRU dan PRK terlalu hampir.
“Faktor lain disebabkan persepsi pengundi menyaksikan PH menang majoriti besar pada PRU14. Orang PKR yakin tak keluar mengundi pun parti itu boleh menang, begitu juga dengan penyokong Pas dan BN jika keluar mengundi PKR tetap akan menang,” katanya.
Ditanya penurunan peratusan pengundi kemungkinan disebabkan protes ahli Pas ekoran tiada calon parti bertanding, Mohd Azizuddin berkata, beliau tidak nampak perkara itu berlaku yang mengaitkannya dengan satu bentuk sabotaj kepada calon BN.
“Saya tak yakin jika PRK Sungai Kandis ini merupakan bentuk kerjasama antara Pas dengan Umno... jika dicampur undi Pas dan BN semasa PRU lalu masih gagal memberikan kemenangan calon BN.
“Namun jumlah 9,585 undi untuk BN dianggap satu angka yang besar dibandingkan jumlah pengundi yang keluar rendah. Jadi nak kata berlaku protes tak nampak perkara itu berlaku,” katanya.
Tiada kaitan janji 100 hari PH
Beliau turut menolak dakwaan penurunan itu ada kaitan dengan pembentukan kerajaan PH di peringkat pusat dan janji 100 hari PH.
“Isu itu memang jadi mainan kempen tapi tak memberikan kesan mempengaruhi undi. Jika orang marah PH mereka akan keluar mengundi untuk menangkan BN tapi keadaan sebaliknya berlaku kerana tahu PH tetap akan menang.
“Namun, undi bukan Melayu dilihat faktor penyumbang kepada kemenangan PH. Ternyata keputusan Pas tidak letak calon masih belum berjaya memenangkan BN,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, wujud persoalan punca kemerosotan jumlah pengundi dalam PRK Sungai Kandis.
“Adakah disebabkan ahli Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno BN. Ia akan diuji lagi di Seri Setia bila calon Pas pula bertanding.
“Kemerosotan pengundi ada kaitan dengan faktor dua penjuru (BN PH) dan Pas tidak meletakkan calon. Boleh jadi kerana Pas tidak bertanding maka penyokongnya tidak keluar,” katanya.
Pembangkang mungkin perlu kaji kerjasama
Malah Sivamurugan tidak menolak kemungkinan kurangnya peratus keluar mengundi kerana keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada dan mereka tidak nampak PRK akan memberikan perubahan besar kepada keputusan negeri.
“PRU14 baru berakhir dan keputusannya menunjukkan kemenangan besar kepada PH selain faktor pengundi luar tidak pulang mengundi serta isu dibawa BN dalam kempen tidak memberikan impak.
“Lazimnya jika peratusan keluar mengundi rendah akan memberi kelebihan kepada BN tetapi tidak kali ini. Jelas sekali isu dibawa memainkan peranan penting dan corak kerjasama dengan parti pembangkang perlu dinilai,” katanya.
Jelasnya, BN perlu membuat bedah siasat cara kempen yang digunakan sama ada ia masih relevan atau sebaliknya.
“Tumpuan calon BN adalah pada isu agama, bahasa dan raja serta isu-isu janji PH. Adakah isu ini gagal menarik pengundi keluar khususnya?
“Barangkali penyokong setia pada parti kekal sokong BN tapi masih gagal meraih sokongan luar dari kelompok mereka,” katanya.
Sinar Harian
Mon Aug 06 2018
![Bukan angkara protes, tapi... Bukan angkara protes, tapi...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533425451_SungaiKandis.jpg)
Mohd Zawawi dijulang penyokongnya selepas disahkan menang PRK Sungai Kandis, kelmarin. -Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![ADUN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan ADUN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532327004_calon.jpg)
ADUN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN, Ng Suee Lim.
![Bukan angkara protes, tapi... Bukan angkara protes, tapi...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533425451_SungaiKandis.jpg)
Bukan angkara protes, tapi...
Mohd Azizuddin menolak dakwaan penurunan itu ada kaitan dengan pembentukan kerajaan PH di peringkat pusat dan janji 100 hari PH.
![Sungai Kandis kekal milik Pakatan Harapan Sungai Kandis kekal milik Pakatan Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533390750_MohdZawawiAhmadMu.jpg)
Sungai Kandis kekal milik Pakatan Harapan
Keputusan itu diumum pegawai pilihan raya Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad pada Sabtu.
![PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531834480_WANAZIZAH.jpg)
PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi
Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata ini berikutan peratusan keluar mengundi sehingga tengah hari ini hanya mencapai 31 peratus.
![PRK Sungai Kandis: SPR nasihat pengundi rancang waktu keluar mengundi PRK Sungai Kandis: SPR nasihat pengundi rancang waktu keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533346682_TBVOTINGxj.jpg)
PRK Sungai Kandis: SPR nasihat pengundi rancang waktu keluar mengundi
Tan Sri Othman Mahmood berkata sehingga kini proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
![PRK Sungai Kandis: Pengundi puji penambahbaikan SPR PRK Sungai Kandis: Pengundi puji penambahbaikan SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533365319_TBVOTINGxj.jpg)
PRK Sungai Kandis: Pengundi puji penambahbaikan SPR
Tinjauan mendapati tiada kesesakan berlaku di dua pusat pengundian itu setakat pukul 11 pagi ini.
![Mampukah PKR kekalkan status quo di Sungai Kandis? Mampukah PKR kekalkan status quo di Sungai Kandis?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532148900_calonSGkandis.jpg)
Mampukah PKR kekalkan status quo di Sungai Kandis?
Dikatakan mendapat 'restu' kuat daripada presiden parti, Mohd Zawawi menjadikan isu-isu 'lokal' seperti masalah sistem perparitan dan sampah selain pembangunan sebagai modal kempen.
![Pertandingan tiga penjuru PRK Sungai Kandis Pertandingan tiga penjuru PRK Sungai Kandis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532141796_calonbebas.jpg)
Pertandingan tiga penjuru PRK Sungai Kandis
Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.