KOTA KINABALU: Tindakan menghalang atau menyekat mana-mana ahli politik daripada 'melompat' parti bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebolehan untuk menilai sesuatu yang baik dan buruk seharusnya datang bersama kematangan seseorang individu.
"Susah nak sekat mana-mana individu, kita tidak boleh 'micro-manage' hidup manusia. Sama ada dalam lingkungan umur yang muda ataupun yang tua.
"Tetapi seharusnya, bila kita sudah usia lanjut, kita boleh ada kematangan untuk menilai tentang buruk baik yang ada pada kita," katanya dalam siaran langsung "Shafie Apdal Menjawab" menerusi laman Facebook rasminya pada Isnin malam.
Bagaimanapun, Mohd Shafie yakin rakyat masih memegang kuasa yang boleh menghindar daripada berlakunya perkara sedemikian di masa depan.
"Dalam pilihan raya lalu, kita nampak trend Warisan tumbang oleh kerana ada (wakil rakyat) 'melompat' keluar daripada parti Warisan dan sebelum itu kita bubar Dewan (Undangan Negeri).
“Kita dapati apabila mereka menawarkan diri untuk turut bertanding balik, mereka kalah.
"Maknanya, para pengundi yang boleh menentukan bukan setakat hanya undang-undang yang boleh kita sekat mereka. Tetapi rakyat juga harus menyekat mereka. Kerana kalau rakyat menolak budaya ini, seharusnya mereka tidak lakukan (‘lompat’ parti)," ujar beliau lagi.
Dalam masa sama, Mohd Shafie berharap akan ada penggubalan satu Rang Undang-undang yang boleh menyekat aktiviti 'melompat' parti pada masa depan agar mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dapat dilaksanakan.
Mengulas mengenai perbezaan situasi politik pada hari ini dibandingkan dengan tahun 1990-an, beliau berkata, matlamat merupakan antara perbezaan yang ketara.
"Saya agak bimbang keadaan kita berlaku di negara ini dan kalau kita bandingkan daripada melihat sejarah apabila kita mencapai kemerdekaan, sebahagian besar daripada ahli-ahli politik waktu itu, berpegang niat membangunkan negara, memajukan bangsa Malaysia tidak mengira kaum dan agama.
"Dalam keadaan ekonomi kita, salah satu cara untuk membanteras kemiskinan dan menyatukan rakyat bukan hanya dengan kaum, budaya, hormat menghormati, tetapi juga dengan menggunakan instrumen ekonomi yang ada di sesuatu negara,”ujar beliau.
Tambah Shafie lagi, pada awal tahun 1970-an, negara mempunyai ramai pemimpin yang mencurahkan khidmat bakti untuk bangsa dan negara.
"Saya rasa di sinilah kita sudah mulai hanyut dan kita perlu kembali ke niat asal,” katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, Jo-Anna Henley Rampas, selaku moderator.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Mar 16 2021
![Budaya lompat parti: Susah untuk sekat, 'micro manage' hidup manusia - Shafie Apdal Budaya lompat parti: Susah untuk sekat, 'micro manage' hidup manusia - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607772353_shafieapdal.jpg)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebolehan untuk menilai sesuatu yang baik dan buruk seharusnya datang bersama kematangan seseorang individu. - Gambar fail
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466313_shafieapdal.jpg)
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
![Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717923832_ShafieApdal.jpg)
Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie
Tindakan penguat kuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna disifatkan langkah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setempat.
![Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717402182_tbShafieApdal.jpg)
Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.
![Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711192068_ShafieApdal.jpg)
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
![Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/71532359394_KKIA.jpg)
Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.
![Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683768087_TBDatukSeriMohdShafi.jpg)
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
![Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678076211_TBAPDAL.jpg)
Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
![Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673062493_ShafieApdal.jpg)
Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.
![Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673431046_DrFirdausiSuffian.jpg)
Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.
![Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673255426_ShafieBugaya.jpg)
Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.