Barisan Nasional (BN) menyapu bersih 11 kerusi baharu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), dengan empat kerusi - Gedong, Kabong, Tellian dan Stakan - dimenangi PBB.
Dalam pertandingan tiga penjuru, Mohammad Ali Mahmud memenangi dengan majoriti memberangsangkan sebanyak 7,042 undi menentang calon DAP Leslie Ting Xiang Zhi di Stakan; di Tellian, Yussibnosh Balo turut menang dengan majoriti besar 4,421 undi berdepan Asini@Hasni Yahya daripada PKR, manakala di Kabong, Mohd Chee Kadir memperoleh majoriti 3,585 undi mengatasi Jini Sahini daripada Amanah.
Di Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais menang dengan majoriti 3,365 undi, menentang dua calon Bebas, Rapelson Richard Hamit dan Uja Bansi.
Tiga calon langsung BN - Miro Simun menjadi wakil rakyat pertama di kawasan majoriti kaum Bidayuh di Serembu, manakala di Bukit Semuja, sebuah lagi kerusi majoriti Bidayuh, John Ilus menang dengan majoriti 3,144 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Di Mulu, Datuk Gerawat Gala menawan kerusi majoriti kaum Kelabit daripada Pauls Baya (PKR) dan dua calon Bebas, Paul Anyie Raja dan Dr Roland Dom Mattu.
SUPP pula memenangi kerusi bandar di Batu Kitang, diwakili oleh Lo Khere Chiang, yang menang dengan majoriti 1,840 undi menewaskan Abdul Aziz Isa Marindo (DAP), Voon Shiak Ni (PKR) dan calon Bebas Othman Bojeng.
PRS juga menawan dua kerusi luar bandar di Samalaju dan Murum, masing-masing menerusi Majang Renggi dan Chukpai Ugon.
Di Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat daripada SPDP, menang dengan majoriti 2,586 undi mengatasi calon DAP, Larry Asap.
Pertambahan 11 kawasan baharu itu menyaksikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meningkat kepada 82 daripada 71 sebelum ini.
Bernama
Sat May 07 2016
![BN sapu bersih 11 kerusi baharu BN sapu bersih 11 kerusi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462637512_BNSarawakMenang.jpg)
BN menyapu bersih 11 kerusi baharu pada PRN-11, dengan empat kerusi - Gedong, Kabong, Tellian dan Stakan - dimenangi PBB. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
ASEAN 2025 | 12 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
![Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738644957_tbZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
!['Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis 'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738634009_tbPenganalisispolit.jpg)
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
![BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734261074_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734189443_ZahidHamidi.jpg)
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
![BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733572908_ZahidHamidi.jpg)
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
![50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid 50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733572840_ZahidHamidi.jpg)
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
![Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733565434_DrAkmal.jpg)
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
![Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732769023_TBzahidhamidi.jpg)
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.