KUALA LIPIS: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian 'tidak tergopoh-gopoh' dalam pembahagian kerusi untuk enam pilihan raya negeri (PRN) nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata pendekatan itu juga diambil bagi mengelakkan pertembungan atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul, jika calon yang dipilih tidak dapat memberikan kemenangan pada pilihan raya nanti.
Selain itu katanya rundingan pembahagian kerusi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan juga melibatkan 'prosedur' iaitu perbincangan antara BN dan PH di peringkat negeri sebelum ke peringkat nasional untuk dimuktamadkan setelah perundingan dilakukan dengan presiden parti-parti komponen dalam BN dan PH.
"Soal yang kami utamakan ialah bagaimana pembahagian kerusi itu bukan sahaja dibuat atas rasa kesaksamaan tetapi juga tentang kebolehmenangan. Kita merasakan bahawa bukan sahaja soal kemenangan, tetapi (juga) soal penerimaan pengundi dan likeable seseorang calon, iaitu yang disukai dan sesuai dengan cita rasa pengundi di kawasan berkenaan.
"Lagipun kita mempunyai masa yang agak panjang, mungkin sehingga Julai atau awal Ogos untuk kita hadapi kempen PRN secara rasmi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan UMNO peringkat nasional dan peringkat negeri.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa pembahagian kerusi antara BN dan PH bagi menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan agak ketinggalan berbanding Perikatan Nasional (PN) yang dilaporkan sudah selesai antara 85 ke 90 peratus.
Ditanya mengenai pandangan segelintir pihak bahawa PN mempunyai peluang di Selangor dan Negeri Sembilan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pihaknya tidak boleh memandang ringan andaian itu.
"Bukan sahaja (ambil ringan) di Selangor, tetapi di semua negeri yang akan menghadapi PRN ini," katanya dan menambah keputusan boleh berpihak kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan jika kombinasi antara parti menggerakkan jentera secara terselaras dan memberikan penerangan yang tepat kepada pengundi.
Mengulas jika BN akan membuat perubahan pada senarai calon di enam PRN itu bagi memastikan calon mereka adalah 'likeable', Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan pencapaian dan pengalaman pada PRN di Melaka dan Johor.
"BN (di Melaka dan Johor) mengemukakan muka-muka baharu... kita lihat di Melaka hampir 80 peratus dan begitu juga di Johor iaitu lebih 70 peratus. Ertinya kita amat komited untuk terus meremajakan UMNO, BN dan memberi peluang kepada kumpulan pelapis untuk berada di persada kepimpinan negeri melalui pemilihan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Ahmad Zahid berkata, pendekatan itu diambil bagi mengelakkan pertembungan atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul, jika calon dipilih tidak memberikan kemenangan pada pilihan raya nanti. - Gambar fail/Bernama
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.