Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau rela dipecat keanggotaannya dalam parti jika benar dirinya telah melakukan kesalahan yang serius.
Anggota Parlimen Pagoh itu bagaimanapun mendakwa apa yang dilakukan dirinya selepas tidak lagi menjawat jawatan timbalan perdana menteri, ia sebenarnya tidak pernah melanggar peraturan dan disiplin parti.
"Kalaulah benar saya dikatakan telah membuat kesalahan besar, apa pun saya reda dipecat...tidak apa.
"Apa yang saya lakukan adalah bersuara demi untuk menyatakan apa yang saya rasakan benar.
"Apa pun diharapkan janganlah buat begitu kepada ahli yang telah berpuluh tahun berkorban untuk parti," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan sokongan terhadapnya yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh, menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan di bahagian itu yang diserahkan wakil mereka, Datuk Samat Aripin.
Muhyiddin berkata walau apa pun yang berlaku, beliau tetap merupakan anggota UMNO yang setia kepada parti.
"Biarlah dicincang dan dipancung, saya tetap (setia pada) UMNO," katanya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis penutupan Program Gerak Mesra Zon 20 Kempen Cegah Denggi di Pekan Panchor, Pagoh, Muhyiddin berkata tidak sedetik pun dalam hatinya untuk menghancurkan UMNO walaupun beliau tidak lagi berada dalam kerajaan.
Katanya beliau masih tetap bersama mempertahankan parti yang didukungnya lebih 40 tahun lalu.
"Janganlah kaitkan saya untuk menghancurkan UMNO kerana apa yang berlaku terhadap saya telah pun saya terima dengan tenang. Saya orang UMNO. Jiwa dan perjuangan saya tetap dalam UMNO," katanya.
Muhyiddin berkata apa yang turut diperjuangkan beliau kini juga bagi memastikan UMNO tidak tewas pada pilihan raya umum akan datang dan parti itu terus mendapat sokongan besar.
Bernama
Sun Nov 29 2015

MUHYIDDIN: Kalaulah benar saya dikatakan telah membuat kesalahan besar, apa pun saya reda dipecat...tidak apa. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Thailand kenakan larangan import iguana
Thailand mengenakan larangan import terhadap semua spesies iguana dalam usaha mengawal lonjakan populasi reptilia itu yang banyak merosakkan tanaman dan menimbulkan masalah kepada penduduk.

Dua lelaki pakai seragam pamer jata negara, pangkat milik PDRM didenda
Yang Dipertua Pertubuhan Pencegahan Jenayah dan Dadah Malaysia Roshazreel Roslan didenda RM5,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan mempamer jata negara dan pangkat milik PDRM.

Rogol anak tiri 105 kali, bapa dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki.

'Biarlah dicincang dan dipancung, saya tetap setia pada UMNO' - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau rela dipecat keanggotaannya dalam parti jika benar dirinya telah melakukan kesalahan yang serius.