Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menanam hasrat untuk menjadikan parti itu sebagai parti dominan di negeri itu.
Beliau berkata, impian berkenaan adalah berdasarkan platform Bersatu yang mula diterima orang ramai di Sabah.
Menurut Hajiji, isu yang tidak mendatangkan faedah akan merugikan kesemua pihak serta membantutkan usaha memajukan Sabah dan penyatuan kaum di negeri tersebut.
"Saya rasa setiap parti mahu kuat, jadi Bersatu juga tidak terkecuali. Sebagai parti komponen Pakatan Harapan yang diterajui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, harapan saya sebagai Ketua Bersatu negeri, kita mahu kuatkan parti untuk kebaikan negeri Sabah, untuk kebaikan kerajaan negeri yang dipimpin Parti Warisan dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Seminar Armada Harapan Negara, di Tuaran, pada Ahad.
Hadir sama adalah Ketua Armada Sabah, Mohd Isquzawan Israq Arsit dan Ketua Armada Bahagian Tuaran, Mohd Ghazali Hajiji.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai beberapa isu melibatkan politik di Sabah termasuklah mengenai kontroversi melibatkan video tular Ketua Menteri, baru-baru ini, Hajiji enggan membuat sebarang komen mengenainya.
Bagaimanapun, beliau memberi bayangan pihaknya sentiasa memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri yang dinaungi Parti Warisan Sabah (Warisan) demi kebaikan rakyat di negeri ini.
"Sebagai parti dalam komponen PH akan beri kerjasama dengan Kerajaan Negeri, Parti Warisan untuk memberi fokus perancangan-perancangan kerajaan yang beri kebaikan kepada rakyat dan perpaduan kaum di Sabah," katanya.
Terdahulu, Hajiji dalam ucapan perasmiannya berkata, daerah Tuaran merupakan salah sebuah cawangan yang teramai ahlinya di seluruh negara dengan mencecah seramai 7,000 orang.
Tambahnya, perkara itu diakui oleh pucuk pimpinan parti berkenaan dan sekaligus menandakan Bersatu semakin diterima di negeri Sabah.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan upacara penyerahan borang ahli baharu dengan seramai 910 individu menyertai Armada Bersatu Bahagian Tuaran.
Ruzaini Zulkepli
Sun Aug 25 2019

Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor pada Majlis Penutupan Seminar Armada Harapan Negara, di Tuaran, pada Ahad. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bersatu Sabah berhasrat jadi parti dominan negeri itu
Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menanam hasrat untuk menjadikan parti itu sebagai parti dominan di negeri itu.