KUALA LUMPUR: Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengosongkan kerusi masing-masing.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perlembagaan Bersatu ketika ini hanya membolehkan kepimpinan parti menggantung enam Ahli Parlimen tersebut, tanpa memberi kesan kepada kerusi Parlimen mereka.
Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, perbuatan enam Ahli Parlimen tersebut, yang kononnya menyokong PM atas alasan tiada peruntukan, merupakan satu perbuatan hipokrit, dan tidak menghormati perjuangan parti dan mandat rakyat.
“Kita terpaksa membuat pindaan ini kerana terdapat enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengkhianat, khianat pada perjuangan parti kita, menyokong musuh parti kita tanpa mereka keluar dari Bersatu. Patut mereka keluarlah! Tetapi tak nak keluar!
“Sebab itu kita buat keputusan untuk gantung, berapa lama? Maksimum yang digantung enam tahun. Maknanya dia masih Ahli Bersatu. Jadi dalam keadaan tak berapa menentu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) membincangkan secara terperinci dan ambil keputusan hari ini untuk pinda perlembagaan,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Ideal Convenction Centre Selayang di sini hari ini.
Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan)
Pada Februari lepas, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, kesemua enam Ahli Parlimen tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, biarpun sudah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata, mereka masih kekal dengan kerusi masing-masing selagi mana mereka tidak bertindak keluar daripada Bersatu.
Melalui pindaan tersebut, difahamkan, mana-mana Ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat, yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, disifatkan terhenti keahliannya secara serta-merta.
Susulan itu, Setiausaha Agung di atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi, perlu mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan untuk memaklumkan penamatan keahlian secara serta-merta.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, beliau yakin pindaan tersebut akan mendapat sokongan sebulat suara daripada perwakilan yang hadir, dan proses seterusnya ialah untuk memaklumkan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Tambahnya lagi, pihak pimpinan parti juga akan berusaha memastikan keenam-enam kerusi Ahli Parlimen itu dikosongkan, dan seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil.
“Speaker Parlimen, apabila Bersatu hantar notis (kelak) supaya enam kerusi ini, iaitu Labuan, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang dan Tanjong Karang ini dikosong, jangan Speaker berdolak dalih.
“Perlembagaan Persekutuan kata automatik kerusi mesti dikosong (jika mereka hilang keahlian). Prosedur seterusnya, dibawa kepada RoS, dan bila ia boleh dilaksanakan, maka Setiausaha Agung akan menghantar surat kepada mereka.
“Nak sokong (Bersatu) lagi ke tidak. Mana tahu, dah Insaf, minta maaf, dah sedar, itu parti akan pertimbang. Tapi kalau masih sokong PMX, pergi. Kita sudah pun bersedia untuk menghadapi PRK,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Sat Mar 02 2024
Muhyiddin berucap di Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Ideal Convenction Centre Selayang di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bersatu pinda perlembagaan, mahu enam MP kosongkan kerusi untuk PRK
Pindaan perlembagaan parti Bersatu akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang menyokong Perdana Menteri untuk diarah mengosongkan kerusi mereka.